Ikuti kami di media sosial

Berita

Banyak-Banyak Lambakan Telco, Inilah Pelan Internet Yang Paling Berbaloi Untuk Dilanggan

Avatar

Ditulis

pada

Dengan penggunaan internet yang semakin meluas dalam kalangan pengguna rakyat Malaysia, lebih banyak syarikat telekomunikasi tampil untuk memberikan penawaran pelan internet yang terbaik.

Baru-baru ini U Mobile mengumumkan pelan terbaru untuk 2 kategori iaitu pelan GX38 untuk prabayar dan pelan GX68 untuk pascabayar. Dalam lautan pelan internet yang bervariasi ini, kami terpanggil untuk membuat perbandingan adakah pelan tersebut berbaloi untuk dilanggan?

Untuk artikel kali ini kami akan membandingkan kedua-dua pelan dengan syarikat telekomunikasi utama yang lain seperti Celcom, Digi, Unifi, dan Maxis untuk melihat pelan yang mana dilihat paling berbaloi.

Iklan

Jadi, akan terdapat dua perbandingan iaitu antara pelan pascabayar dan juga pelan prabayar dalam kategori yang sama.

Disebabkan kedua-dua pelan ini merupakan pelan internet tanpa had, syarikat telekomunikasi lain yang dibandingkan juga perlu mempunyai pelan yang sama untuk dibandingkan.

Jadi, jom kita lihat perbandingan untuk pelan internet tanpa had pascabayar terlebih dahulu.

Pelan Pascabayar (Postpaid)

Untuk perbandingan syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan internet tanpa had, Unifi hadir dengan pelan Unifi Mobile 99, Digi dengan Digi Postpaid 100 Infinite, dan Celcom dengan Mega Unlimited M. Maxis buat setakat ini masih belum hadir dengan pelan internet tanpa had.

Tapi tidak mengapa, kita akan ambil pelan yang terdekat untuk dibandingkan.

Dengan perbandingan syarikat telekomunikasi ini, pelan GX68 dari U Mobile lebih menyerlah dan dilihat berbaloi untuk dilanggan. Sesuai dengan harganya yang berpatutan, anda mendapat lebih banyak kelebihan seperti kelajuan dan SMS tanpa had. Jika anda merasakan jumlah hotspot yang dibekalkan sangat kecil, anda boleh sahaja membeli tambahan 3GB Hotspot Booster pada harga RM3 yang bertahan selama 3 hari.

U Mobile jika pada pelan GX50 mengehadkan kelajuan internet pada 5Mbps, namun untuk pelan GX68 tiada lagi kelajuan maksimum yang dihadkan.

Dengan pelan GX68 ini, ia sangat sesuai digunakan untuk pengguna heavy seperti bermain permainan, selalu menonton video, dan juga muat turun movie.

Secara keseluruhan pelan GX68 U Mobile menang mudah jika dibandingkan dari segi ‘spesifikasi’. Dengan bayaran yang hampir 2 kali rendah berbanding syarikat lain, semestinya apa yang dibayar sangatlah berbaloi.

Untuk GX68, pengguna yang mendaftar pada tempoh promosi ini sahaja akan terus membayar pada harga RM58 sebulan untuk seumur hidup. Jika ada pengguna yang mendaftar untuk GX68 selepas dari tempoh promosi, mereka akan dicaj pada bayaran normal RM68 sebulan.

Jadi tunggu apa lagi. Kalau mahu harga murah, baik langgan sekarang pelan GX68 melalui pautan ini.

Pelan Prabayar (Prepaid)

Untuk anda yang mahukan penggunaan internet tanpa had, tapi tidak mahu membayarnya pada harga yang tinggi, pelan GX38 dari U Mobile disasarkan khas untuk anda.

Menariknya, untuk pelan internet tanpa had antara syarikat-syarikat telekomunikasi, hanya U Mobile sahaja yang menawarkan ciri-ciri sebegitu.

Namun untuk menjadikan perbandingan lebih menarik, mari kita lihat perbandingan ini dengan pelan-pelan lain yang terdekat dengannya.

Melihat kepada perbandingan tersebut, hanya dengan GX38 sahajalah satu-satunya pelan yang anda boleh langgan untuk mendapatkan penggunaan internet tanpa had.

Dengan harga RM38/sebulan, selain menikmati internet tanpa had, terdapat juga kuota 3GB hotspot.

Lebih sesuai lagi jika anda seorang pelajar, data tanpa had ini boleh digunakan untuk menyiapkan assignment, menonton video, livestream dan juga melayari media sosial sepuas hati anda.

Sempena masa yang terhad ini juga, jika anda beralih ke pelan prabayar GX38 sekarang di pautan ini, anda hanya perlu membayar sebanyak RM35 sebulan sahaja. Murah kan?

Penutup

Jelas dengan membuat perbandingan pelan GX38 dan GX68 sangat berbaloi untuk dilanggan. Mesti pernah terlintas maklumat viral mengenai speed cap disebabkan penggunaan internet yang maksimum.

Nanti dahulu, jangan mudah-mudah percaya. Cuba dahulu langgan pelan Giler Unlimited baharu ini. Nak guna sampai beratus-ratus GB sebulan pun tak ada hal sebab semuanya unlimited.

Untuk melanggan pelan GX38 dan GX68 U Mobile, anda boleh layari laman rasmi syarikat tersebut di pautan ini.

*Artikel ini dibawakan oleh U Mobile Malaysia


Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular