Bantu Ringankan Beban Rakyat Malaysia, GoPayz Tawar Inisiatif Bernilai RM1 Juta Dengan Kempen #GiveBack

GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan U Mobile akan memberikan inisiatif tunai bernilai RM1 juta dengan kempen #GiveBack. Menerusi kempen ini, pengguna baru yang mendaftar dengan e-dompet ini akan menerima RM5 bermula hari ini sehingga 30 Jun 2020. E-baucer bernilai RM3 dari 7-Eleven akan diberi sebagai tambahan jika pengguna merupakan pelanggan U Mobile.

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, kempen ini diadakan untuk membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Walaupun hanya RM5 bagi setiap pengguna, namun secara keseluruhan inisiatif ini bernilai RM1 juta.

GoPayz

Untuk menyertai kempen #GiveBack GoPayz, pengguna hanya perlu mendaftar e-dompet ini yang boleh dimuat turun melalui Play Store atau App Store. Pendaftaran yang lengkap akan menerima RM5 dalam tempoh 3 hari bekerja.

Dalam pada itu, GoPayz turut menawarkan promosi bagi GoLife Plus yang merupakan insurans mikro yang ditaja oleh SunLife Malaysia. Ia menawarkan RM2 setiap bulan untuk dua bulan pertama bagi pelanggan yang baru melanggan insurans ini.

Berkaitan