Bantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana, Bungkusit Tawar Kadar Komisyen Sifar

Bungkusit adalah perkhidmatan penghantaran yang berpangkalan di Selangor. Kini, sebagai usaha untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Bungkusit menawarkan kadar komisyen sifar kepada peniaga untuk mempamerkan produk mereka di seluruh negara tanpa perlu risau margin keuntungan berkurangan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Perhubungan Awam Bungkusit, Azhar Zein berkata, tidak seperti aplikasi perkhidmatan penghantaran e- hailing lain yang mengenakan vendor mereka komisen setinggi 35 peratus, syarikat itu tidak mengambil komisen daripada peniaga mereka.

Hanya bayaran pendaftaran sekali sahaja dikenakan kepada peniaga iaitu sebanyak RM100.



Selain menghapuskan halangan digital dan menyediakan platform bagi PKS untuk mempamer dan menjual produk mereka, Bungkusit turut menyasar untuk membantu golongan kumpulan B40 mencapai tahap kehidupan yang lebih baik.

Menyedari penghantar adalah pekerja B40 dan memerlukan tunai segera untuk menyara keluarga setiap hari, Bungkusit menyediakan platform kepada penghantar untuk menerima pendapatan setiap hari, membolehkan mereka mempunyai tunai dalam tangan segera sebaik sahaja pesanan selesai dihantar.

Bungkusit menawarkan perkhidmatan pembayaran tunai semasa serahan (COD) dengan jarak penghantaran sejauh 500 kilometer dan membantu perkhidmatan penghantaran semua peringkat pengguna, memiliki 27,000 penghantar, lebih 3,000 peniaga serta 700,000 pelanggan berdaftar.

Sumber: BERNAMA

Berkaitan