Banteras Berita Palsu, WhatsApp Tetapkan Had "Forward Message"

Penyebaran berita palsu dalam media sosial serta platform pemesejan segera pada masa kini sangat kritikal. Tidak semua, tetapi kebanyakkan pengguna gemar menghantar semula mesej yang diterima kepada kenalan yang lain tanpa memeriksa kesahihan berita terbabit.

Ibarat wabak yang semakin merebak, WhatsApp dilapor akan menetapkan had Forward Message dalam langkah membendung penularan berita palsu.

Ciri yang sedang berada dalam fasa ujian tersebut akan mengehadkan Forward Message hanya kepada 20 orang pengguna yang lain.

Syarikat itu turut menyatakan bagi pasaran India, had mesej yang dipanjangkan hanya kepada 5 orang kenalan sahaja. Hal ini kerana jumlah mesej yang dipanjangkan oleh pengguna negara itu lebih tinggi berbanding negara lain.

Walaupun bukanlah penawar yang mujarab, tetapan had mesej yang dipanjangkan ini mungkin dapat menurunkan kadar penyebaran mesej, video atau foto palsu. Sebenarnya ia terserah kepada kita sendiri sebagai pengguna dalam menilai sesuatu berita tersebut dan bukan sewenang-wenangnya menghantar kepada kenalan lain.

Baca juga -

Sumber: WhatsApp