UUM, UTeM Dan UPM Akan Guna e-Dompet KipleUNI

Bank Islam Malaysia Bhd telah bekerjasama dengan KiplePay Sdn Bhd bagi memperluaskan perkhidmatan e-dompet KipleUNI kepada tiga universiti awam. KipleUNI adalah program kerjasama utama disediakan untuk memacu teknologi kewangan melalui urus niaga digital dan tanpa tunai.

Perkhidmatan tersebut kini boleh didapati di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan 70% daripada jumlah pelajar menggunakan perkhidmatan itu. Ia juga akan diikuti oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM) dan Univsersiti Putra Malaysia (UPM).

Pada Julai tahun lepas, Bank Islam dan KiplePay menandatagani Memorandum Persefahaman untuk menyediakan perkhidmatan dompet elektronik (e-dompet).

Perkhidmatan ini tidak terhad kepada pelajar dan kakitangan universiti. Malahan, ia juga boleh digunakan oleh peniaga Bank Islam dan mendapat manfaat daripada kerjasama ini. KiplePay menggalakkan pertumbuhan perniagaan dalam platform di dalam dan luar talian.

Selain itu, lebih banyak ciri-ciri menarik disediakan untuk universiti melalui penyelesaian pembayaran digital disatukan, termasuk Kenali Pelanggan Anda elektronik (e-KYC) yang mendigitalkan kad pengenalan pelajar, e-kehadiran dan banyak perkhidmatan universiti lain yang terdapat dalam ekosistem itu.

Sumber : Bernama