Sebuah bank di India kini giat mempersiap kemudahan baru yang akan melancarkan operasi mereka dengan menjadikan robot sebagai pelayan kepada pelanggan yang hadir. Robot yang belum diberikan nama itu merupakan sebuah robot yang mempunyai fungsi sesentuh.
Bank HDFC bank persendirian kedua terbesar di India bakal menyediakan robot yang akan ditugaskan membantu pelanggan dalam urusan seperti memasukkan dan mengeluarkan wang tunai ataupun membantu pelanggan mencari bahagian pengurusan yang dikehendaki.
Robot tanpa nama itu akan dilengkapi dengan paparan sesentuh yang akan digunakan pelanggan bank untuk memasukkan maklumat yang di perlukan. Ujian beta akan dijalankan Bank HDFC di salah satu cawangan bank berkenaan di Mumbai.
Penggunaan robot dalam operasi sesebuah bank bukanlah sesuatu yang baharu dimana Jepun telah memperkenalkannya tahun lepas. Bank of Tokyo-Mitsubishi menggunakan khidmat Nao, sebuah robot yang mampu melakukan tugas-tugas sofistikated. Nao mampu bertutur dalam 3 bahasa; Jepun, Inggeris dan juga China.
Berkaitan
- Ini Rupa Komponen Dalaman Huawei Mate 20 Pro
- Google+ Dilanda Masalah Lagi, Tarikh Penamatan Dianjak 4 Bulan Lebih Awal
- Pemilik iPhone 5 Mesti Kemaskini Peranti Untuk Terus Gunakan App Store, iCloud Dan Aplikasi Lain
- Kedai Konsep MSI Di Bukit Bintang Akan Dipindahkan Ke Lokasi Baharu
- Ini Mungkin Spesifikasi Untuk Nokia 7 Plus
- 4 Aplikasi Ubah Suai Dan Reka Bentuk Rumah Idaman Anda
- Motorola Dan HONOR Dikhabar Akan Hadir Dengan Peranti Boleh Lipat
- Cara Semak Baki Akaun ASNB Menerusi Aplikasi Maybank2u Dan ATM
- Redmi Bekerjsama Dengan Marvel Bagi Filem Avengers: Endgame
- Ciri Imbasan Cap Jari Galaxy A50 Dikatakan Bermasalah Selepas Kemaskini Firmware