Bandar Fukushima Yang Tercemar Akibat Radiasi Selamat Untuk Diduduki Semula

Enam tahun selepas bencana Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi di Jepun yang menyebabkan bandar Fukushima telah tercemar oleh kesan radiasi, beribu-ribu bekas penduduk yang dipindahkan sebelum ini beransur pulang ke rumah mereka. Tetapi adakah ia selamat? Satu kajian baru mengatakan ya, ianya selamat.

Menurut satu kajian dari Fukushima Medical University, yang menunjukkan bahawa tahap radiasi sesium 37 batu dari loji Fukushima telah jatuh dengan begitu cepat, penurunan 60 peratus di antara 2011 dan 2013. Ini membuktikan kawasan yang telah dicemari oleh kesan radioaktif itu adalah selamat untuk dihuni semula.

Dianggarkan juga tahap radiasi akan terus menurun sepanjang 70 tahun akan datang. Mereka juga memberitahu pereputan radioaktif secara semulajadi akibat hujan adalah jauh lebih efektif berbanding projek decontamination yang mahal seperti yang dikemukakan sebelum ini. Terdapat beberapa kawasan seperti bandar Tomioka yang masih mempunyai tahap radiasi yang tinggi. Bandar seperti Namie pula bakal diberikan lampu hijau daripada penguat kuasa pada akhir Mac ini untuk penduduk berpindah semula ke rumah mereka.

Sumber