Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Serta Syarikat Telekomunikasi, Pos Dan Kurier Bersama Menghulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Bandar-Bandar Utama Di Malaysia Dijangka Tenggelam Menjelang 2050

Diterbitkan Mei 17, 2021 oleh ariff bukhari

Satu kajian yang dijalankan oleh sebuah firma penyelidikan di Malaysia mendedahkan bahawa beberapa buah bandar utama di Malaysia bakal tenggelam.

Sekaligus akan menyebabkan berjuta penduduk di Malaysia terpaksa berpindah.

Kajian yang dijalankan oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent- GPS) pada tahun 2019 dahulu itu meramalkan, keadaan itu akan berlaku menjelang tahun 2050 nanti.

Keadaan itu sekaligus akan menyebabkan berlakunya krisis kekurangan makanan akibat kerosakan tanah tanaman, perladangan dan lain-lain.

Antara jangkaan Cent- GPS berdasarkan kepada DEM=Digital Elevation Models bagi mengukur peningkatan paras air laut, bandar seperti Alor Setar, Kedah bakal menjadi sebuah pulau, sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan, Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam, Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor bakal lenyap, Port Klang akan tenggelam, Shah Alam menggecil dan KLIA pula bertempat di sebelah pantai.

Selain itu, Bandar Muar, Johor dan Pekan, Pahang juga dijangka akan tenggelam menjelang 2050 nanti.

Sambungan ~ Pada tahun 2050:

-Muar tenggelam (konstituen @SyedSaddiq)
-Pekan juga tenggelam (konstituen @NajibRazak)
-Kuala Terengganu menggecil dan menjadi beberapa buah pulau
-Di Sarawak, Kuching juga menggecil dan menjadi beberapa buah pulau pic.twitter.com/b8WrbVche7

— Centre for Governance and Political Studies (@CentGPS) November 6, 2019

Di peringkat global pula, populasi Asia iaitu pada kadar 70% adalah yang paling banyak terdedah kepada kenaikan paras air laut.

Sumber: Cent- GPS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY