Bancian tersebut melibatkan 209 responden dari seluruh negara dan majoritinya di Selangor serta Sarawak. Ia dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memandangkan ramai pengguna bekerja di rumah.
*Pautan bancian - https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia/posts/4039925392749087
Melalui hasil bancian yang diperoleh, ramai pengguna tidak berpuas hati terhadap kualiti kelajuan internet kerana tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak pengendali rangkaian.
Antara masalah yang diadukan adalah berkaitan kualiti rangkaian didalam rumah dan tiada sebarang penambahbaikan ketara terhadap masalah aduan dilaporkan.
Menurut Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff, isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana telco telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pelanggan. Beliau juga menambah, pengendali seharusnya lebih proaktif dalam menambahbaik perkhidmatan mereka.
Selain itu, Datin Mohana menyatakan bahawa CFM sedang dalam proses meminda untuk memperkukuh kod industri GCC dengan kerjasama SKMM. Hal ini adalah untuk melindungi hak pengguna dan antara perkara yang akan diperkemaskan seperti terma dan syarat kontrak perkhidmatan, pemberian ringkas maklumat perkhidmatan dan pengguna bekeperluan khas.
Berkaitan
- SKMM Beri Amaran Tegas Jangan Salah Guna Label Pengesahan
- Google Malaysia: Syarikat Telco Malaysia Perlu Sediakan Informasi Yang Mudah Difahami Pengguna
- SKMM Kongsikan Kaji Selidik Aktiviti Internet Pengguna Malaysia
- TM Catat Aduan Terbanyak - MCMC
- Yoodo - Telco Terbaru Yang Memberikan Kebebasan Kepada Pengguna
- SKMM Beri Amaran Untuk Tidak Sebar Kandungan Lucah
- SKMM: Sokongan Dan Kerjasama Kerajaan Negeri Kritikal Untuk Perluaskan Akses Jalur Lebar Kepada Rakyat
- Langkah Untuk Matikan Peti Mel Suara Mengikut Jenis Telco
- Syarikat Telco Malaysia Bekerjasama Menaik Taraf HSE
- Pertikaian Bil - Masalah Telekomunikasi Paling Tinggi Dilaporkan Pengguna Kepada CFM