Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk

Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk

Diterbitkan November 26, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tidak boleh dibayangkan apabila peranti yang sering kita lekapkan pada pipi “didiami” 10 kali lebih banyak bakteria dan kulat berbanding tandas duduk.

Pada Ogos yang lalu, Insurance2Go ada berkongsi hasil ujian yang  menggunakan tiga model telefon pintar dari iPhone, Google dan Samsung.

Ketiga-tiga telefon pintar bersama tandas duduk, papan kekunci dan tetikus yang digunakan dipejabat dikesat untuk mengambil sampel bakteria dan kulat yang terdapat pada peranti terlibat.

Menurut laporan kajian, kadar bakteria dan kulat pada tandas duduk dan flush lebih rendah dari telefon pintar.

Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk

Skrin paparan menjadi kawasan yang paling tinggi kandungan bakteria. Antara bahagian lain yang dihuni banyak bakteria adalah bahagian panel belakang, butang kuasa dan butang Home.

Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk

Difahamkan hal ini terjadi apabila pemilik telefon pintar jarang membersihkan telefon pintar mereka. Responden yang ditemubual penguji  menyatakan mereka hanya membersihkan dalam enam bulan sekali sahaja.

Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk

Kehadiran bakteria yang tinggi pada telefon pintar boleh menyumbang kepada masalah jerawat seperti yang dijelaskan oleh Dr Shirin Lakhani dari Elite Aesthetics pada laporan terbabit.

Bakteria Pada Telefon Pintar 10 Kali Lebih Banyak Berbanding Tandas Duduk

Menurut beliau, kepekatan tinggi bakteria mikroskopik dicampur dengan minyak dan solekan pada kulit disamping haba dari telefon pintar boleh membiakkan lagi bakteria.

Hal ini boleh menjadikan liang kulit tersumbat dan menyebabkan keradangan serta jerawat.

Dr Shirin turut menyarankan pengguna supaya menggunakan fon telinga untuk panggilan suara yang lama dan lebih kerap membersihkan peranti dengan alkohol pembersih.

Bila kali terakhir anda bersihkan telefon pintar?

Sumber: Insurance2GO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY