Baidu Buat Pertama Kalinya Dilaporkan Mengalami Kerugian Sejak 2005

Baidu adalah syarikat enjin carian China yang menyerupai Google.


Baidu, sebuah syarikat enjin carian yang menyerupai Google di China telah dilaporkan buat pertama kalinya mengalami kerugian pada tahun ini.

Ia berdasarkan kepada laporan pengumuman kedudukan kewangan syarikat tersebut bagi suku pertama tahun 2019 yang telah dibentangkan mereka hari ini.

Syarikat tersebut menyatakan, kerugian bersih yang diagihkan kepada para pemegang saham mereka adalah sebanyak $49 juta bagi suku pertama setakat 31 Mac 2019.

Baidu merupakan enjin carian terbesar di China dan telah mengaut keuntungan yang besar hasil daripada iklan-iklan menerusi carian ketika era komputer.

Walaubagaimanpun, semenjak para pengguna di China mula mengalihkan perhatian mereka kepada peranti pintar mudah alih, khusus peningkatan penggunaan aplikasi pada peranti pintar, Baidu mula kehilangan pengguna.

Sumber: TechCruch

Berkaitan