Bahana Guna "Earphone" Waktu Tidur

Mendengar lagu adalah satu benda yang gemar dilakukan oleh hampir semua orang. Tidak kira sama ada tengah buat kerja, dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, waktu rehat mahupun sebelum nak tidur. Ia secara tidak langsung dapat memberi ketenangan dan mengkekalkan mood.

Tetapi, tahukah anda, jika terlalu kerap mendengar lagu dengan menggunakan earphone atau headphone,  ia berkemungkinan besar menjejaskan kesihatan. Ada juga kesan bahaya lain ke atasnya, terutama penggunaan berterusan semasa waktu tidur.



Kesan Menggunakan Earphone Waktu Tidur

  • Merosakkan Pendengaran


Apabila menggunakan earphone sewaktu tidur, suara yang kedengaran dengan volume yang tinggi dalam waktu yang lama boleh menyebabkan kerosakan kepada gegendang telinga. Mudah terjadi kerana pengguna cenderung untuk tidak menyedari berapa lama penggunaan itu berlangsung.

  • Merosakkan Saluran Otak 


Penggunaan earphone sambil tidur ini membuatkan otak kita betul-betul tidak ada ruang dan masa untuk berehat. Suara yang didengari itu masih menyampaikan mesej yang membuatkan otak terus berfikir dan cuba untuk memproseskan maklumat.

  • Melukai Kulit Telinga


Walaupun earphone atau headphone sekarang ini telah direka dengan bermacam stail yang datang dengan kapas yang lembut untuk diletakkan dalam telinga, masih belum mampu menjamin kulit telinga anda dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Faktor penggunaan dalam jangka masa yang panjang sewaktu tidur juga boleh menyebabkan luka itu terjadi. Secara tidak sengaja, telinga anda boleh melecet dengan adanya pergerakan yang banyak.

  • Menimbulkan Otitis Externa


Otitis Externa adalah satu keadaan yang menyebabkan keradangan seperti kemerahan-merahan dan bengkak di saluran luaran telinga. Sering dikaitkan dengan "telinga perenang" kerana pendedahan berulang kepada air dapat membuat telinga lebih rentan terhadap keradangan.

  • Mengurangkan Kewaspadaan Terhadap Perkara Lain


Mendengarkan lagu sambil tidur memang membuatkan kita rasa nyaman, tetapi semakin kuat suara yang didengari itu dapat mengurangkan kewaspadaan kita terhadap sesuatu perkara. Misalnya, ketika tertidur, sistem pendengaran masih berfungsi sebagai alarm jika ada perkara bahaya atau sesuatu yang terjadi di sekeliling anda, namun sistem alarm  itu akan hilang jika kamu membiarkan telinga fokus kepada apa yang didengari di dalam earphone.



Jadi, berhati-hatilah dalam menggunakan alat sejenis ini ketika waktu tidur. Tetapkan durasi anda ke atas penggunaan earphone agar dapat mencegah perkara-perkara bahaya yang dinyatakan di atas daripada berlaku.

 

Sumber: Mayapada