Bagaimana Untuk Mengawal Aplikasi Waze Dan Spotify Pada Masa Yang Sama Ketika Memandu

Selalunya kalau buka Spotify, korang masih dapat dengar suara arahan Waze secara latar belakang tapi tak dapat lihat peta secara visual. Kalau buka Waze pulak, korang tak dapat kawal lagu yang dimainkan di Spotify.

Pada yang berkenaan, ikuti langkah mudah seperti di bawah;



Oh ya, tips ini hanya untuk pengguna Android sahaja setakat ini. Pastikan korang daftar masuk kedua-dua akaun terlebih dahulu.

1. Aktifkan Integrasi Waze di Spotify



Pertama sekali masuk aplikasi Spotify. Pergi ke "Your Library" kemudian tekan ikon "Setting". Korang cari "Waze Navigation" dan tekan je toggle sebelah tu.

2. Sambungakan Aplikasi Waze Dengan Akaun Spotify



Lepas korang tekan toggle hijau, akan keluar satu baner bewarna biru di bahagian atas. Tekan baner "Go to Waze" dan korang akan dibawa ke aplikasi Waze dan meminta pengesahan. Klik "Okay". Selesai.

Korang boleh kawal lagu dalam Spotify di aplikasi Waze. Senang la lepas ni korang boleh tengok dua-dua sekaligus. Ikon Spotify akan muncul setiap kali korang buka Waze.