Jika anda merancang untuk melancong ke luar negara, Internet adalah satu perkara yang perlu diberi keutamaan. Bukan sahaja untuk komunikasi, malah Internet juga penting untuk kita dapatkan info dan sebagainya di negara yang ingin dituju.

IKLAN

Ada beberapa cara untuk dapatkan akses internet ketika berada di luar negara. Antaranya anda boleh membeli kad sim di negara tersebut, tetapi ia agak sukar pada sesetengah orang terutamanya untuk memahami bahasa dan had limitasi penawaran internet di negara tersebut.

Kedua, anda boleh melanggan servis poket wifi sebelum anda terbang ke luar negara. Ini mungkin satu alternatif yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan (bergantung kepada penyedia servis) namun anda perlu meletakkan deposit untuk menyewa peranti meraka dan jika rosak, anda perlu membayar ganti rugi.

Yang ketiga anda boleh menggunakan servis perayauan melalui telco tempatan. Kaedah ini adalah yang paling mudah kerana anda tidak perlu lagi menggaru kepala untuk membeli kad sim baru atau menyewa peranti wifi.

IKLAN

‘Roam Like Home’ Dari Celcom

Baru-baru ini Celcom telah memperkenalkan perkhidmatan baru melalui Celcom Passport yang membolehkan pengguna untuk menggunakan langganan internet di Malaysia jika data perayauan habis ketika di luar negara

IKLAN

Celcom Passport memberikan pilihan pas mengikut keperluan pengguna ketika melancong ke luar negara.  Pas Internet 1 hari pada harga RM38 dengan 500MB Internet, Pas 3-hari dengan pakej 1.5GB Internet  + panggilan & SMS Percuma pada hanya RM88 serta Pas 7-hari dengan pakej 3GB Internet + Panggilan & SMS Percuma dengan harga RM138.

Apa yang menariknya, anda boleh menggunakan langganan kuota internet tempatan apabila data perayauan sudah habis digunakan. Maka anda tidak perlu risau tentang kehabisan kuota apabila disana. Dengan serendah RM20 sehari melalui pas 7-hari, anda boleh kongsi saat-saat best melancong secara berterusan!

Perkhidmatan Roam Like Home ini ditawarkan untuk 12 negara iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Brunei, Cambodia, Laos, Myanmar, Philippines, Sri Lanka, Bangladesh and Nepal.

Anda boleh muat turun aplikasi Celcom Life atau dial *118# untuk mengaktifkan Celcom Paspport. Layari laman sesawang Celcom untuk ketahui dengan lebih lanjut.