Bagaimana Untuk Memperbaiki Masalah Bateri Pada Huawei P10

Hauwei P10 merupakan telefon pintar utama yang sangat menarik di pasaran ketika ini.

Namun terdapat pengguna yang merungut bahawa bateri peranti tersebut cepat kering dan memerlukan pengecasan semula walaupun belum sampai waktu makan tengah hari.

Bateri yang cepat habis mungkin berpunca daripada sesetengah aplikasi yang menggunakan kuasa bateri yang banyak dan perlu diperbaiki melalui kemaskini perisian.

Di bawah pula terdapat langkah-langkah lain bagi meminimakan penggunaan bateri peranti ada yang mungkin anda terlepas pandang.

Tutup Fungsi Bluetooth, LTE dan Lokasi

Servis internet seperti LTE, Bluetooth dan lokasi selalunya akan menggunakan kuasa bateri dengan banyak.

Anda mungkin memerlukan servis ini untuk beberapa ketika tetapi digalakkan menutup fungsi tersebut selepas tidak menggunakannya.

Jika anda memerlukan servis ini juga sepanjang masa, pastikan power saving mode dipasang dan ia akan menjimatkan penggunaan bateri anda apabila perlu.

Guna Power Saving Mode pada Huawei P10 Anda

Mod ini merupakan satu ciri-ciri yang hebat diamana ia membantu anda untuk membaiki masalah bateri cepat habis anda.

Ada boleh menggunakan fungsi menghadkan pemprosesan data di sebalik tabir dengan mod ini.

Menutup GPS dan lampu kekunci juga membantu menjimatkan penggunaan bateri.

Huawei P10 juga menawarkan fungsi untuk memasang secara automatik mod power saving.

Menutup Sambungan Wi-Fi

Peranti telefon pintar akan menggunakan kuasa bateri dengan banyak jika menggunakan sambungan Wi-Fi.

Tutup sambungan Wi-Fi anda jika tidak menggunakannya atau berada di luar rangkaian Wi-Fi.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan sambungan LTE/3G atau 4G jika sambungan Wi-Fi tidak dapat dikesan.

Tutup Dan Urus Sync App

Apabila menggunakan aplikasi tertentu, aplikasi itu mempunyai fungsi untuk sync dengan peranti anda.

Ini bermakna setiap masa aplikasi itu akan mengubah maklumat anda di aplikasi tersebut jika terdapat perubahan.

Untuk menutup fungsi ini, pergi ke settings dan dari sana cuba untuk disable fungsi sync.

Dengan menutup fungsi ini, jangka hayat bateri anda dijangka bertahan lebih lama untuk penggunaan seharian.

Reset atau Reboot Bateri Anda Untuk Menguatkan Jangka Hayat Bateri

Anda juga boleh memilih untuk reset bateri anda sekiranya bateri dilihat terlalu cepat habis.

Ini memberi peluang kepada bateri untuk kembali ke tetapan kilang dan bermula semula seperti apa yang telah ditetapkan oleh Huawei.

Kurangkan Penggunaan Thethering

Thethering mungkin digunakan untuk menyambungkan peranti anda yang lain ke sambungan internet.

Ini mungkin boleh merosakkan jangka hayat bateri jika digunakan dalam jangka masa yang lama dan berulang.

Jika boleh kurangkan penggunaan thethering bagi memelihara jangka hayat bateri peranti anda.