Bagaimana Untuk Memiliki iPhone Dengan Kos Yang Rendah? Bina Sendiri

Tidak mengejutkan bahawa jika memiliki pengetahuan asas yang mencukupi bersama dengan alatan yang betul, anda boleh membuat sendiri iPhone yang berfungsi penuh.

Itu yang dilakukan oleh seorang Youtuber yang berada di Shenzen, China yang telah berjaya membuat iPhone 6s yang berfungsi menggunakan alat ganti yang dibeli sendiri.

Jumlah kos? $300 atau RM 1,319.40. Boleh kata setengah harga jugak la dari yang baru.

Tetapi sebelum itu, anda mungkin perlu memiliki kemahiran asas dalam bidang elektronik sebelum dapat memasang semua alat ganti tersebut.

Kemahiran seperti mematri dan meletakkan komponen-komponen elektronik sangat penting dalam proses ini.

Bagi sesiapa yang mempunyai hobi elektronik, bolehlah menjadikan ini sebagai satu lagi projek anda.

Sesiapa yang nk tengok proses penuh, boleh tengok dalam video kat bawah.

https://youtu.be/leFuF-zoVzA