Bagaimana Untuk Hilangkan Gelembung Pada Pelindung Skrin

Pengguna telefon pintar sudah tentu pernah menghadapi masalah "bubble" apabila memasang pelindung skrin pada paparan skrin telefon disebabkan pemasangan yang tak sekata.

Berikut merupakan langkah mudah yang pengguna boleh gunakan untuk menyelesaikan masalah 'bubble' ini menurut Mobile Wonderland.



Di atas adalah contoh gambar Huawei P10 lite selepas pemasangan tempered glass. Kelihatan sangat tidak kemas dengan adanya "bubble".



Sapukan minyak 'khas' atu minyak bayi seperti minyak Johnson Baby dengan menggunakan berus pada bahagian sisi tempered glass. Minyak tersebut akan meresap dengan sendirinya dan menutup gelembung udara tersebut. Perlu dingatkan, hanya sapukan sedikit sahaja.



Ini adalah hasil selepas tempered glass yang sudah disapu dengan minyak khas ini. Dapat dilihat perbezaan yang ketara. Dicadangkan untuk menggunakan berus kecil seperti dalam gambar kerana saiznya yang tirus dan kecil. Jika anda menggunakan putik kapas, ia menjadi kurang jitu

Kredit:   Mobile Wonderland.