Bagaimana Untuk Hantar Mesej WhatsApp Tanpa Menyimpan Nombor Penerima

WhatsApp sudah menjadi satu kewajipan kepada semua pengguna telefon pintar terutamanya di Malaysia kerana ianya ringan dan mudah digunakan.

Tetapi pengguna tidak boleh menghantar mesej yang tidak disimpan dalam senarai 'contact' melalui aplikasi tersebut.

Sebagai contoh anda mahu menghubungi penjual atas talian tetapi anda tidak mahu menyimpan nombornya (nombor untuk contact sekali je, buat apa nak simpan)

Apa yang anda boleh lakukan adalah pergi ke laman pencarian bersama pautan ini

https://api.whatsapp.com/send?phone=XXXXXXXXXXX




Letakkan no telefon XXXX berserta kod '6' dihadapan. Sebagai contoh https://api.whatsapp.com/send?phone=601688764576 dan tekan 'search'.

Anda akan dibawa ke aplikasi WhatsApp untuk menghantar mesej ke individu tersebut tanpa menyimpan nombornya di dalam senarai 'contact' anda.

 

Berkaitan