Bagaimana Untuk Gunakan Sistem Android Di Komputer

Hai. Harini saya nak ceritakan bagaimana untuk memaparkan sistem operasi Android di PC atau laptop anda dengan hanya menggunakan pemacu USB atau kad SD, kalau boleh saiz lebih 2GB. Pertama sekali pastikan backup dulu sebab semua data dalam USB yang digunakan akan hilang.

Langkah Pertama: Penyediaan Pemacu USB dan Install Android

Muat turun fail Android di sini. Di sini saya menggunakan sistem operasi Android 6.0 versi 64-bit. Pilih lah yang mana yang anda rasa sesuai. Tekan pada butang 'view' untuk memuat turun. Masa untuk muat turun bergantung kepada kelajuan internet anda.



Sementara menuggu fail dimuat turun, anda juga disarankan muat turun Rufus, sejenis aplikasi Window yang membenarkan sistem operasi Android dipasangkan ke pemacu USB anda. Aplikasi ini mudah alih, jadi muat turun dan simpanlah kat mana-mana yang anda suka. Ada juga tidak perlukan installation.

Setelah selesai, lancarkan Rufus. Anda mungkin akan diberi notifikasi kebenaran dari Windows. Klik saja 'Yes'.



Pastikan anda memilih pemacu USB yang anda mahu gunakan. Oleh kerana aplikasi Rufus akan overwrite semua data dalam storan pastikan anda install di pemacu USB yang betul.



Kemudian pilih sistem fail "FAT32".



Klik pada kotak "Create bootable disc using”, kemudian pilih imej ISO di sebelahnya.



Klik pada ikon CD seperti yang ditunjukkan di bawah untuk pilih fail Android x86 ISO yang anda muat turun sebentar tadi.



Kemudian sistem akan melakukan pengimbasan untuk fail tersebut untuk memastikan semua berjalan lancar. Klik "Start" untuk meneruskan niat anda.

Apabila kotak dialog terpapar yang memberitahu fail dalam bentuk imej ISOHybrid, yang bermaksud ianya dapat ditulis dalam dua cara, ISO atau imej DD. Pilih je ISO Image Mode. Klik OK.



Langkah Kedua: Boot Komputer Menggunakan Pemacu USB

Kemudian anda perlu boot komputer menggunakan pemacu USB anda sebentar tadi. Anda mungkin terpaksa mengubah tetapan BIOS terlebih dahulu, atau komputer anda terus boot tanpa perlu buat apa-apa. Anda mungkin perlu tekan F10 atau F12 mengikut jenis komputer anda. Pilih storan USB anda untuk boot.



Pilih bagaimana anda mahu jalankan sistem operasi Android di komputer anda. Pilih Live CD untuk dijalankan sebagai percubaan tanpa installation.





Tips ini dipetik dari laman How To Geek.