Ikuti kami di media sosial

Trivia

Bagaimana Terciptanya Nama “Bluetooth” Dan Logo Yang Digunakan Hingga Ke Hari Ini

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Fungsi Bluetooth sudah tersedia digunakan pengguna sejak berbelas tahun lagi. Ia berfungsi enghubungkan antara peranti dengan fon telinga tanpa wayar, pembesar suara, papan kekunci, menghantar fail dan banyak lagi.

Jika Android ada sejarah sendiri bagaimana bermulanya maskot dan nama yang diberi, begitu juga dengan Bluetooth.

Teknologi isyarat radio jarak dekat sudah dimulakan sejak 1989 lagi oleh Nils Rydbeck,  pengawai eksekutif di Ericsson yang kemudiannya dibangunkan oleh jurutera elektrik syarikat itu, Jaap Haartsen pada 1994.

Sekitar 1996, beberapa syarikat teknologi mencari jalan untuk menyeragamkan industri berkaitan isyarat radio jarak dekat. Di Intel, ia dikenali sebagai program Business-RF, Ericsson memanggilnya dengan nama MC-Link sementara Nokia pula menamakannya sebagai Low Power RF.

Pembentangan menunjukkan fungsi bluetooth untuk rangkaian kawasan persendirian (PAN) ketika pengenalan awal piawaia 

Wakil daripada syarikat-syarikat itu kemudiannya berbincang untuk memberikan satu nama tunggal bagi piawaian itu. Mereka bersatu dalam kumpulan yang dinamakan Special Interest Group (SIG) yang turut dianggotai oleh Tosbiba dan IBM. Intel mencadangkan kumpulan itu dipanggil dengan nama kod “Bluetooth” sehingga mendapat satu nama formal yang sesuai untuk piawaian teknologi berkenaan.

Menariknya mengenai Bluetooth, Jim Kardach dari Intel menyatakan ia adalah sempena nama Harald “Bluetooth”Gormsson, seorang raja yang terkenal menyatukan negara di Scandinavia. Beliau menyamakan perkara yang dilakukan oleh raja itu sama seperti mereka yang mahu menyatukan industri komputer dan selular dengan rangkaian isyarat radio jarak dekat.

Imej | EE Times

Gelaran Bluetooth diberikan pada Raja Harald kerana dikatakan beliau gemar memakan buah beri biru dan menyebabkan giginya kebiruan.

Berkenaan dengan logo Bluetooth pula, ia merupakan gabungan daripada huruf kuno; ᚼ dan ᛒ yang merupakan awalan kepada nama Harald Bluetooth. Imej ikonik itu kini boleh dilihat pada peranti yang membanjiri pasaran.

Sumber: Intel, EE Times

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular