Selaras dengan pengumuman kerajaan Malaysia mengenai manfaat 5G kepada ekonomi, infrastruktur dan komuniti, keberkesanan 5G masih dipersoalkan oleh orang awam. Oleh itu, di bawah ini disenaraikan beberapa penambaikan atau peningkatan yang dapat dilihat dalam komunti dari segi keberkesanan dan produktiviti.
1. Peningkatan Kelajuan
Dengan peningkatan prestasi transmisi 5G, ia adalah 5-10 kali ganda berbanding rangkaian 4G, dimana dapat meningkatkan kelajuan rangkaian bagi pengguna umum. Selain itu, stesen pangkalan data 5G turut menyokong ciri-ciri Multiple-Input Massive Multiple Input (MIMO).
Oleh yang demikian, rangkaian tanpa wayar membolehkan pemindahan dan penerimaan lebih dari satu isyarat data secara serentak melalui saluran radio yang sama. Seterusnya, peningkatan dalam kelajuan internet ini akan mengubah kualiti dan bentuk kandungan yang diterima.
2. Peningkatan Sambungan Internet
Antara penambahbaikan yang dibawa oleh rangkaian 5G ialah dapat menyokong sehingga sejuta peranti setiap kilometer persegi berbanding 4G yang hanya menyokong sehingga 100,000 peranti setiap kilometer persegi. Peranti ini juga tidak terhad kepada telefon pintar tetapi termasuk peranti rumah pintar, peralatan pemantauan, peranti IoT dan sebagainya.
Ia akan mempercepatkan penggunaan “Internet of Things”, "rumah pintar", "komuniti pintar", "kilang pintar" dan "Bandar pintar". Dalam pada itu, telefon pintar dilihat sebagai saluran yang dapat menghubungkan manusia dan alam semesta. Apabila rangkaian 5G digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, kapasiti penggunaan telefon pintar juga akan meningkat dengan ketara.
3. Peningkatan Data
Caj tarif telekomunikasi yang tinggi dapat dikurangkan apabila penggunaan 5G semakin meluas. Dengan itu, pelbagai video yang tidak dapat diakses sebelum ini disebabkan oleh caj tarif yang tinggi akan segera tersedia. Misalnya, pada awal era 4G, aplikasi video pendek tidak tersedia. Namun, aplikasi tersebut semakin popular selepas pengurangan kos tarif 4G.
Pada masa akan datang, dengan jumlah kos komunikasi yang sama, kita mungkin akan dapat merasai data internet berkelajuan tinggi sehingga 10 ke 20 kali ganda atau tanpa had yang akan mengubah cara kita menggunakan internet dengan lebih baik.
4. Penambahbaikan Latensi
Rangkaian 5G juga mempunyai URLLC (Ultra-Reliable Low-Latency Communication), iaitu isyarat yang sebelum ini memerlukan saluran khusus untuk memindahkan data. Kini, dengan sokongan 5G, ia menawarkan pemindahan dengan lebih cepat dan lebih rendah latensi. Setiap 10 saat pengurangan latensi akan memberikan peningkatan yang besar. Dengan fungsi ini juga, kita dapat mengawal peralatan dan pengkomputeran awan dengan menggunakan rangkaian 5G.
Berkaitan
- JPN Akan Keluarkan Sijil Kelahiran Dengan Ciri Keselamatan Terkini Bermula Tahun Depan
- Hanya Satu Model iPhone 12 Dijangka Akan Menerima Sokongan mmWave 5G
- Sony Malaysia Buka Pra-Tempah Keempat Untuk PS5 Bermula Malam Ini
- iPad Air 2020 Bakal Hadir Dengan Sambungan Port USB-C
- Premis TMpoint Terpilih Di Zon Hijau Akan Dibuka Semula Bermula 4 Mei
- Bekalan Stok Vaksin COVID-19 Mencukupi - KP Kesihatan
- Opensignal: Kelajuan 4G/5G iPhone 12 Lebih Perlahan Berbanding Peranti Android
- Harga Nothing Ear (1) Akan Dinaikkan 50% Bermula Minggu Depan
- CEO Sahkan Model Ketiga OnePlus 9R Dengan Harga Mampu Milik
- Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula