Bagaimana Sistem Gimbal vivo X50 Pro Berfungsi

Sewaktu perkhabaran awal tentang vivo X50 Pro, ramai mula menunjukkan minat untu mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini. Ini disebabkan peranti tersebut digembar-gemburkan tampil dengan sistem gimbal fizikal, sekaligus menjadi yang telefon pintar pertama dalam industri hadir dengan ciri berkenaan.



Ia sememangnya sesuatu yang berlainan dari apa yang ada ketika ini dimana peranti-peranti dilengkapi penstabilan imej elektronik (EIS) atau penstabilan imej optikal (OIS).

Untuk itu, kali ini kita akan bercerita serba sedikit apa yang menyebabkan vivo mahu memperkenalkan gimbal pada peranti dan bagaimana ia berfungsi.
70% rakaman teruk adalah disebabkan gegaran

Sebelum dikomersialkan pada vivo X50 Pro, pengeluar terlebih dahulu mempertontonkan keupayaan gimbal pada peranti konsep iaitu vivo APEX 2020.

https://www.youtube.com/watch?v=8SYnlmhQdK8

Inovasi yang diberikan pada model konsep tersebut akhirnya dibawa pada pasaran untuk memenuhi keperluan pengguna semasa yang gemar membuat rakaman foto serta video.

Sewaktu acara pengenalan vivo X50 Pro tempoh hari, vivo ada berkongsi hasil kaji selidik mereka yang mana 70% rakaman teruk disebabkan dari gegaran. Asbab dari itu, ia menjadi keperluan bagi mereka menampilkan inovasi baru bagi penstabilan imej.



Pada peringkat awal, pengeluar agak sukar untuk menempatkan sistem gimbal tersebut pada vivo X50 Pro kerana ia agak nipis dengan ukuran 8.04mm. Sedikit tebal berbanding prototaip APEX 2020.



Sebagai penyelesaian, gimbal kamera pada X50 Pro dibangunkan 40% lebih kecil iaitu kira-kira 1mm lebih nipis dari yang asal.
Mampu bergerak segenap arah

Kamera talaan belakang peranti ini terdiri daripada 4 sensor, 48MP utama, 13MP potret, 8MP periskop, dan 8MP ultra lebar. Sistem gimbal tersebut diletakkan pada kamera utama yang mempunyai nilai aperture f/1.6.



Penstabilan yang ada pada peranti sedia ada hanya boleh bergerak berasaskan 2 paksi iaitu paksi X (melintang) dan paksi Y (menegak). Melalui penambahan gimbal secara fizikal ini, X50 Pro mempunyai satu lagi gerakan iaitu dengan paksi Z (gerakan ke depan dan belakang).



Sensor tersebut berada dalam struktur double ball yang memberikannya keupayaan bergerak ke pelbagai arah dengan sudut pandang 3 darjah. Ia adalah 300% lebih besar jika dibandingkan dengan OIS.

Vivo menggelarkannya sebagai big eye camera oleh kerana pergerakannya umpama bola mata. Sistem turut memiliki ciri penstabilan bingkai penuh dimana rakaman diambil lebih stabil, tidak kehilangan perincian dan tiada potongan (crop).

Kapsyen: modul Double S-Type FPC dengan ketebalan 0.07mm.


Bagi memberikan lebih kemudahan kepada pengguna dalam menghasilkan rakaman lebih stabil, vivo juga meletakkan ciri Gimbal Radar. Ia berfungsi sebagai panduan ketika rakaman dilakukan.


Apa yang boleh diharapkan pada sistem gimbal ini?

Vivo X50 Pro mempunyai kesan pembesaran digital iaitu Hyper Zoom sehingga 60x. Kebiasaannya apabila zoom jarak jauh dibuat, rakaman akan bergegar dan dengan adanya gimbal ini ia lebih stabil.

https://www.youtube.com/watch?v=1OFTM46760Y

Selain itu, pengguna yang gemar merakam objek bergerak boleh mendapat manfaat dari kehadiran sistem tersebut melalui rakaman mod Pro Sports. Antara ciri lain yang terdapat pada vivo X50 Pro adalah Motion AF Tracking yang akan mengunci fokus kepada objek yang bergerak dan 3D Sound Tracking untuk memberikan fokus kepada bunyi yang dihasilkan objek.

https://www.youtube.com/watch?v=RrI_j_Mhlt0

Rakaman malam turut dikuatkan lagi dengan ciri Astro Mode yang mampu merakam suasana langit malam hari yang dipenuhi bintang.
Spesifikasi lain yang dibawa pada vivo X50 Pro

Peranti terbaharu daripada vivo Malaysia ini bukan sahaja mempertaruhkan sistem gimbal semata-mata. Dalamannya turut dimuatkan dengan spesifikasi terbaik untuk bergelar sebagai peranti pertengahan premium.



Mempunyai sokongan 5G secara terbina, ia adalah hasil daripada modem 5G Snapdragon X52 yang diintegrasikan pada cip Snapdragon 765G. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori RAM 8GB serta storan 256GB.

Skrin hadapan adalah dari jenis AMOLED dengan ukuran 6.56 inci, kadar segar semula 90Hz dan terdapat rekaan berlubang untuk menempatkan kamera selfie 32MP. Dari segi janaan kuasa pula, vivo X50 Pro dibekalkan dengan bateri 4315mAh yang menyokong pengecasan pantas vivo FlashCharge 2.0 33W.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vivo X50 Pro, ia dijual pada harga rasmi RM3199. Setiap pembelian akan menerima hadiah sampingan menarik berdasarkan penawaran dari pelbagai platform jualan seperti Lazada, Shopee, vivo Online Store, Senheng dan SenQ. Anda juga boleh dapatkan siri vivo X50 dari kedai konsep, pengedar sah jenama dan rakan niaga vivo diseluruh Malaysia.

Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia