Bagaimana Masuk Kedalam Mod BIOS Untuk Setiap Model Komputer

Basic Input Output System atau lebih dikenali dengan singkatan BIOS (UEFI bagi komputer terkini) merupakan mod yang menyediakan tetapan asas komputer seperti turutan untuk boot, sistem masa dan tarikh, dan lain-lain.

Untuk masuk kedalam mod ini, anda perlu menghidupkan komputer,  POST (power on self test) akan berjalan dan sebelum ia selesai, anda perlu menekan butang tertentu untuk ke paparan menu BIOS.

Kebiasaannya butang untuk masuk ke BIOS/UEFI adalah F2 tetapi mungkin berbeza antara jenama komputer, model baru atau lama.

Bagi model baru, tempoh boot mungkin terlalu pantas (masa boot lebih kurang 200 milisaat) dan anda tidak sempat untuk menekan sebarang butang dan untuk itu, anda boleh ikut cara dibawah.

Windows 10

Pergi ke Settings (Windows+i) > Update & Security > Recovery, dibawah Advanced Startup tekan Restart Now.



Komputer anda akan restart dan paparan akan memberikan pilihan boot. Pergi ke Troubleshoot > Advanced options > UEFI Firmware Settings dan klik Restart.



Windows 8

Untuk sistem operasi ini, boleh tekan Windows+C, klik simbol Settings dan pilih Change PC Settings pada bahagian bawah kanan. Dalam PC Settings, pergi ke tab General dan klik Restart Now.

Pada Windows 8.1, cara berlainan sedikit. Dalam PC Settings, pergi kebahagian tab Update and Recovery, pilih Recovery dan klik Restart Now.



Tekan butang Shift semasa anda klik Restart pada menu Shut Down.

Komputer akan restart dan pilihan boot akan terpapar. Sama seperti Windows 10, pergi ke Troubleshoot >Advanced options > UEFI Firmware Settings dan klik Restart untuk boot masuk ke BIOS.

Akses BIOS pada komputer lama

Bagi yang masih menggunakan Windows 7 dan versi sebelumnya, cara yang lama iaitu tekan butang tertentu pada masa yang tepat perlu dilakukan.

Butang untuk mengakses BIOS berbeza mengikut ketetapan yang dibuat oleh pengeluar. Kebiasaanya ia adalah butang F1, F2, F10, Delete, Esc, dan juga kombinasi seperti Ctrl + Alt + Esc atau Ctrl + Alt + Delete.

  • Acer

    • Biasanya butang F2 dan Delete

    • Untuk komputer lama boleh cuba F1 atau Ctrl + Alt + Esc



  • Asus

    • Biasanya butang F2

    • Mungkin berlainan bergantung kepada model, Delete atau Insert.



  • Dell

    • Model terbaru F2, tekan ketika anda lihat logo Dell

    • Jika tidak boleh, cuba butang, F1, Delete, F12 atau F3.

    • Model lama mungkin menggunakan Ctrl+Alt+Enter atau Delete atau Fn+Esc atau Fn+F1.



  • HP

    • Biasanya menggunakan butang F10 atau Esc

    • Beberapa model menggunakan F1, F2, F6, atau F11

    • Komputer tablet antara F10 atau F12

    • Untuk maklumat lebih lanjut boleh pergi ke pautan ini Support HP



  • Lenovo

    • F1 atau F2

    • Model lama mungkin guna kombinasi Ctrl + Alt + F3 atau Ctrl + Alt + Insert key atau Fn + F1.

    • Bagi model ThinkPad boleh layari laman ini Support Lenovo



  • MSI

    • Delete atau F2



  • Sony

    • Versi VAIO - F2 atau F3. Boleh juga cuba F1

    • Jika VAIO anda mempunyai butang ASSIST, tekan semasa ketika anda hidupkan laptop. Langkah ini juga boleh digunakan sekiranya Sony VAIO anda datang dengan Windows 8.



  • Toshiba

    • Biasanya F2

    • Mungkin juga F1 atau Esc

    • Pada Toshiba Equimm, tekan butang F12

    • Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke Support Toshiba




Sumber: MakeUseOf

Berkaitan