Bagaimana Mahu Mengetahui FPS Peranti Telefon Pintar Tanpa Perlu Proses Root

FPS atau Frame per Second (jangan keliru dengan First-person shooter) merupakan statistik penting bagi aplikasi melibatkan permainan. Ia bagi menentukan kelancaran sesuatu permainan semasa dimainkan. Lebih tinggi kiraan FPS maka hasilnya, permainan nampak lebih lancar tanpa gangguan lag. Untuk komputer biasa, terdapat pelbagai perisian ada di luar sana yang boleh memberitahu berapa kiraan FPS semasa anda bermain permainan tersebut.

Namun kes itu berbeza untuk aplikasi di telefon pintar (Android & iOS) kerana tidak banyak aplikasi yang dapat memberikan angka mengenai kiraan FPS peranti tersebut semasa sesi permainan. Kami telah mencuba pelbagai aplikasi yang mengatakan mereka mampu memberikan angka kiraan FPS untuk telefon pintar namun hanya satu yang kami percayai dapat memberikan angka tersebut secara percuma.



GameBench merupakan aplikasi di dalam store permainan masing-masing yang akan merekodkan sesi permainan individu dan memberikan data mengenai FPS, Bateri, CPU, RAM dan GPU sepanjang sesi permainan berlangsung. Data yang diberikan agak mendalam secara langsung memberikan maklumat penuh tentang apa yang berlaku semasa permainan sedang berjalan.

Di sini kami akan tampilkan cara-cara bagi membolehkan aplikasi ini berfungsi di peranti anda. DIingatkan langkah-langkah ini tidak memerlukan akses root terhadap peranti anda. Anda memerlukan peranti telefon pintar dan juga komputer bagi menjayakan proses ini.

Langkah 1: Muat turun aplikasi GameBench di peranti masing-masing. Aplikasi tersebut boleh didapati secara percuma di Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iOS. Untuk penggunaan kali pertama, kebenaran sambungan peranti ke komputer. Kebenaran menggunakan aplikasi juga perlu dibolehkan.





Lanngkah 2: Pastikan Developer Option terpasang yang boleh dibuka di tetapan peranti. USB Debugging from Developers Options juga harus dibuka semasa peranti disambung kepada peranti.

Langkah 3: Di komputer anda, layari laman sesawang GameBench untuk memuat turun tetapan GameBench. Aplikasi ini memerlukan aplikasi Java untuk berfungsi jadi dapatkan Java di siniUntuk sistem operasi Linux dan macOS, lihat di sini.

Langkah 4: Buka aplikasi GameBench di komputer dan peranti anda dan tunggu arahan yang akan keluar di peranti.





Langkah 5: Setelah semuanya berjaya, putuskan sambungan peranti ke komputer dan boleh mula menambah senarai permainan yang mahu diuji.







Permainan perlu dimainkan melalui GameBench bagi menguji prestasi FPS dan bateri di peranti mereka. Data akan dikumpul semasa sesi permainan. Selepas sesi tamat, anda boleh pergi ke dashboard dan tekan ikon graf bagi melihat keputusan penuh prestasi peranti semasa permainan.

 

 

Berkaitan