Bagaimana iOS 11 Dapat Menggelakkan Daripada Storan iPhone Anda Penuh

Dalam kemaskini iOS 11, gambar dan rakaman video yang diambil oleh iPhone anda tidak lagi menggunakan format seperti kebiasannya.

Peranti dengan iOS 11 tidak lagi menggunakan format JPG dan MPEG-4, sebaliknya menggunakan format baru yang dikenali sebagai HEIF (High Efficiency Image Format) dan HEVC (High Efficiency Video Format).



Dengan format baru ini, fail yang disimpan adalah lebih kecil berbanding JPG dan MP4 tetapi mempunyai keupayaan untuk mengekalkan kualiti gambar dan video yang hampir sama.



Pengkodan fail dalam format HEIF dan HEVC memerlukan kuasa pemprosesan yang lebih. Jadi tidak hairanlah ciri ini hanya hadir untuk iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X dan generasi baru iPad Pro.

 

Tetapi fail lama yang telah disimpan dalam peranti sebelum ini masih lagi menggunakan format lama. Gambar dan video yang diambil selepas kemaskini iOS 11 sahaja yang akan membawakan perubahan format baru.

Walaupun ianya kedengaran seperti satu perubahan yang bagus (fail lebih kecil, kualiti sama), namun format baru ini tidak disokong secara meluas. Contohnya anda perlu menaiktaraf ke macOS High Sierra jika anda pengguna Mac untuk menyunting gambar dengan format HEIF dan HEVC. Sama juga jika anda menggunakan Windows 10.

Jadi pengguna iOS 11, jika anda belum bersedia dengan perubahan format baru ini, begini caranya untuk menukar ke format lama.

1) Pergi ke Settings > Camera > Format



2) .. dan pilih "Most Compatible" dan bukannya "High Efficiency".