Bagaimana Iklan Burger King Ini Berjaya Menggodam Peranti Google

Baru-baru ini Burger King telah berjaya melakukan aksi pemasaran yang kontroversi. Rangkaian burger tersebut telah menggunakan iklan TV selama 25 saat mereka sebagai platform untuk menggodam Google Home, pembantu suara pintar (AI) yang boleh berkomunikasi dan mengawal peranti lain di rumah.

google-home-mutemic-1500x1000

Apabila pelakon di dalam iklan tersebut berkata "OK, Google" dan bertanyakan tentang "Whopper", ianya secara automatik memberi signal kepada Google Home untuk memberikan tindak balas dengan membacakan fakta tentang burger Whopper di Wikipedia.

Ianya secara tidak langsung menjadikannya satu strategi pemasaran yang berjaya buat mereka. Walaupun idea yang dibawakan oleh Burger King ini dilihat sangat bijak dalam mengambil kesempatan terhadap kelemahan peranti ini, ianya adalah salah disisi undang-undang kerana menganggu privasi pengguna di rumah.

Ramai pengguna Google Home berasa terganggu kerana strategi yang digunakan agak menjengkelkan. Pengguna perlu menyebut "OK, Google, stop!", dan barulah Google Home akan berhenti membacakan info tentang burger tersebut.

Lihat video dibawah, betapa mudahnya peranti Google ini kena hijack.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=KgomEsE0x9Y[/embed]

Google dan Wikipedia masing-masing memperbaiki kelemahan ini. Bayangkan betapa mudahnya perompak di luar memberikan arahan suara untuk membukakan pintu rumah.

"Ini adalah satu petanda jelas buat Google dalam memberi penambahbaikkan terhadap tahap keselamatan yang dibawakan peranti mereka di masa akan datang" kata seorang penganalisa keselamatan digital, dari firma penyelidikan Gartner.

Pembantu suara seperti Google Home, Siri, dan Echo Amazon sentiasa terdedah dengan masalah manipulasi suara/arahan. Sebelum ini, satu iklan Google sewaktu Super Bowl menggunakan frasa "OK, Google" didakwa telah mencetuskan hura-hara dengan memberi signal pada peranti Google Home di rumah.

Sumber