Bagaimana Hujan Boleh Jadi Penyebab Astro Hilang Siaran?

All-Asian Satellite Television and Radio Operator atau lebih popular dengan nama Astro merupakan sebuah syarikat saluran televisyen satelit berbayar di Malaysia. Bermula sejak tahun 1996 lagi,  ia menyajikan pelanggannya dengan pelbagai jenis saluran yang menarik, sama ada dari tempatan mahupun luar negara.

Namun, dari dulu sehingga sekarang, pengguna perkhidmatan ini sering mengalami isu ketiadaan siaran ketika cuaca hujan. Ia lebih menyayat hati apabila ia terjadi sewaktu rancangan kegemaran anda sedang ke udara. Persoalan mengapa ia terjadi pastinya hadir di benak pelanggan. Mahu tahu sebabnya?



Astro menggunakan satelit Measat yang berpusat di sebuah bukit yang menghala ke Putrajaya dan Cyberjaya sebagai penghubung antara pemilik piring atau dekoder dengan penyiar. Tanpa beberapa kewujudan piring satelit gergasi ini, siaran berbayar Astro tidak akan dapat anda nikmati. Siaran dari satelit datangnya dalam bentuk gelombang elektromagnetik.



Hujan merupakan salah satu faktor utama yang menjadi punca kepada notifikasi service currently not available (SCNA) muncul di skrin televisyen anda dan kemudian terus bertukar gelap. Bagi mereka yang faham dengan masalah berkaitan satelit, mereka menggelar fenomena kegagalan mendapat siaran pada waktu hujan ini sebagai Rain Fade.

Rain Fade merujuk kepada suatu keadaan bila mana air hujan menghalang piring Astro anda untuk menerima terus sesuatu signal. Ia bukan sahaja berpunca daripada air, ais atau salji (bukan di Malaysia ya). Air yang memiliki sifat seumpama kaca ini dikatakan mampu membiaskan serta memantulkan gelombang.



Signal yang sedang menuju ke arah piring Astro anda datangnya dari satelit, bergerak dalam garis lurus seperti cahaya matahari kerana cahaya juga merupakan satu gelombang signal yang akan dibiaskan oleh hujan yang menjadi punca halangan kepada laluan tersebut.

Namun,  kadang kala anda bingung apabila kehilangan siaran tetapi keadaan di luar rumah tidak dibasahi dengan setitik air hujan pun dan sebenarnya ia berpunca disebabkan laluan signal gelombang dari satelit ke piring Astro sudah dihalang dengan cuaca hujan lebat di kawasan lain, mungkin jauh dari tempat anda.

Jadi, dekoder perlu menunggu arahan dari piring Astro untuk menukarkan gelombang elektromagnetik kepada tenaga elektrik pula sebelum menukarkan ia kepada tenaga cahaya seterusnya menyiarkan siaran berbayar anda.



Jika anda mahu mengetahui bagaimana cara-cara untuk mengatasi masalah siaran tergendala ini, anda boleh rujuk terus di astro.com.my untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.

Dalam pada itu, Astro memperkenalkan Astro Go dan Astro-On-Demand sebagai satu alternatif jika musim hujan kian melanda di kawasan rumah anda. Jadi, buatlah pilihan yang bijak untuk menikmati siaran berbayar Astro.

 

 

Berkaitan