Bagaimana HBO Hasilkan Naga Untuk Siri Game of Thrones Kelihatan Seperti Ia Benar-Benar Wujud

Semalam merupakan episod terakhir siri terkenal, Game of Thrones bagi musim ke tujuh ia keudara dan seperti biasa, para peminat perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk menonton musim yang baru.

Selain jalan cerita yang menarik hasil adaptasi daripada Novel "A Song of Ice and Fire" karya George R. R. Martin, siri ini turut memuatkan beberapa teknologi bagi menjayakannya.

Contohnya, teknologi untuk mencipta karakter naga yang kita semua tahu ia tidak wujud di dunia nyata, tetapi ia kelihatan seperti benar-benar hidup.

HBO telah menugaskan sebuah syarikat kesan visual berpengkalan di Jerman, Pixomondo, untuk mencipta karakter naga tersebut. Jangan terkejut kerana, syarikat tersebut mendapat ilham pergerakan naga daripada ayam mentah.

Untuk mendapatkan hasil yang realistik, Pixomondo mempelajari gerakan otot yang ada pada ayam; bagaimana ia bergerak dan apa yang membataskan pergerakan.

Sesudah itu, ia diterjemahkan pula ke dalam perisian komputer seperti ZBrush dan untuk pengetahuan anda semua, seramai 22-30 orang animator diperlukan untuk penghasilan 3 ekor naga bagi siri ini.

Menurut Sven Martin, penyelia kesan visual Pixomondo, agak sukar untuk mencipta naga dengan di dalam 3D, jadi proses rekabentuk awal model dilakukan secara 2D terlebih dahulu.

Penggambaran bagi babak naga juga tidak banyak dilakukan dengan skrin hijau, hal ini adalah supaya latarbelakang tidak kelihatan fake, dan ia sememangnya tugas yang berat pada pasukan kesan visual untuk memuatkan naga pada babak itu.

Perubahan ketara boleh dilihat pada naga setiap musim kerana semakin ia membesar, semakin banyak pergerakan dan kesan visual yang perlu ditambah. Bagi babak naga yang sudah dewasa mereka perlukan haiwan lain untuk diinspirasikan seperti contoh, karakter Jurassic Park.

https://www.youtube.com/watch?v=yJtXkn-4WxM

Sumber: Business Insider, The Washington Post