Walaupun Ketiadaan Servis Google, Ini Sebab Huawei Masih Boleh Bertahan

Kemelut isu sekatan servis Google untuk Huawei seakan membantutkan penggunaan produk-produk Huawei. Namun, di sebalik sekatan, produk Huawei bukannya terus tidak berguna. Masih banyak lagi fungsi lain yang boleh digunakan untuk membentuk satu ekosistem yang berguna.

Sebagai seorang pengguna gajet, semestinya anda mahukan teknologi yang digunakan dapat memudahkan hidup seharian anda. Mungkin anda merancang percutian dengan membawa produk-produk Huawei? Anda tertanya-tanya bagaimana produk-produk ini dapat membantu anda melaksanakan tugas dengan mudah.

Senario ini mungkin akan terjadi pada anda. Tetapi, apa yang pasti ini adalah bagaimana produk Huawei dapat membantu anda dalam kehidupan seharian ketika bercuti.

Detik 1: Menunggu ketibaan bas/pesawat


Mungkin anda sedang bosan menunggu penerbangan ataupun bas yang masih belum tiba. Sementara menunggu, hidupkan Huawei Mate 30 Pro dan mainlah permainan video untuk hilangkan kebosanan anda. Ia dikuasakan oleh HiSilicon Kirin 990 yang cukup bertenaga untuk memainkan permainan dengan grafik terkini.

Selain itu, kapasiti bateri sebesar 4,500mAh memastikan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan serta keluarga untuk jangka masa yang lama. Ia juga mempunyai storan besar sehingga 256GB yang mampu memuatkan ratusan aplikasi serta permainan. Anda juga tidak perlu berasa risau dengan kekurangan storan sepanjang menggunakan Huawei Mate 30 Pro.



Ketika menggunakan peranti, tersedar di sekeliling terdapat bangunan dengan kejuruteraan menakjubkan. Pantas anda buka aplikasi kamera dan tangkap gambar struktur di sekeliling anda. Mungkin juga sedikit gambar swafoto buat insan yang tersayang. Dengan Huawei Mate 30 Pro, ia dilengkapi dengan kamera Super Sensing Cine yang beresolusi 40MP untuk memastikan detik yang dirakam dalam kualiti yang terbaik.

Peranti ini juga mempunyai mod ultra slow-mo yang membolehkan anda merakam gerakan perlahan sehingga 7680fps.

Dengan gestur yang dikuasakan oleh AI, anda boleh membaca bahan bacaan kegemaran anda tanpa menatal skrin peranti menggunakan fungsi AI Gesture. Anda juga boleh melakukan screenshot dengan menggunakan fungsi yang sama.


Detik 2: Kekal berhubung menggunakan cara alternatif


Mahu terus kekal berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga tanpa keluar daripada aplikasi kegemaran anda? Anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan Huawei x Gentle Monster Eyewear. Bukan setakat kaca mata, ia juga berfungsi sebagai peranti pintar dengan fungsi utama iaitu mampu membuat panggilan, memanggil pembantu maya pintar seperti Google Assistant atau Siri, dan memainkan muzik.



Melalui pembesar suara terbina pada sisi bingkai kaca mata, bunyi yang keluar akan jelas kedengaran kerana ia berdekatan dengan telinga anda. Dengan penggunaan bersama bekas simpanan yang disertakan, anda mampu menggunakan kaca mata pintar ini sehingga 8 jam.



Terdapat 2 variasi warna Jackbye & Eastmoon yang boleh dipilih mengikut kesesuaian cita rasa anda.


Detik 3: Sudah penat menatap peranti dan mahu menggerak-gerakkan badan


Mungkin anda sudah puas bermain permainan dan mahu rehatkan mata yang sudah jenuh menatap skrin peranti. Dengan Huawei Watch GT2, anda boleh kekal aktif untuk melakukan senaman kecil mahupun mengeluarkan sedikit peluh.

Apa yang menarik dengan Huawei Watch GT2 ini? Selain sebagai aksesori tambahan dalam fesyen seharian, terdapat berbagai fungsi-fungsi yang melengkapkan ia sebagai sebuah jam tangan pintar. Dengan menggunakan sambungan Bluetooth, anda boleh menjawab panggilan telefon, mendengar muzik membaca mesej, mengetahui status cuaca dan macam-macam lagi.



Bagaimana dengan hayat bateri? Jangan risau kerana jam pintar ini mampu bertahan sehingga 2 minggu. Jadi jangan risaulah jika anda sedang syok guna di kawasan awam tanpa membawa alat pegecasnya. Anda juga boleh menukar muka jam Huawei Watch GT2 dengan gambar percutian anda sebagai tatapan memori anda ketika melihatnya.

Detik 4: Tenggelam dengan keasyikan muzik


Mahu tenangkan diri dengan mendengar muzik? Anda boleh mencuba fon telinga Huawei Freebuds 3. Dikuasakan dengan cip terbina Kirin A1, anda mendapat penyambungan yang pantas dengan hanya membuka penutup bekas fon telinga. Huawei Freebuds 3 juga merupakan fon telinga Open-fit true wireless stereo (TWS) pertama yang menyokong panggilan dengan pengurangan hingar serta pembatalan hingar aktif yang tepat secara real-time.



Untuk pengguna yang pertama kali menyambungkan fon telinga ini kepada peranti mereka, ia semudah mengklik pada tetingkap pop-up yang terdapat pada skrin peranti pintar. Untuk penyambungan sesi seterusnya, ia berlaku secara automatik dan anda boleh mendengar muzik tanpa menunggu masa.

Dengan fungsi pengecasan tanpa wayar reverse Huawei Mate 30 Pro, anda boleh mengecas fon telinga ini tanpa menggunakan wayar juga kerana Huawei Freebuds turut menyokong fungsi yang sama. Dengan penggunaan bateri selama 4 jam untuk sekali penggunaan anda juga boleh memaksimumkan penggunaan sehingga 20 jam melalui bekas simpanan.

Detik 5: Tugasan di luar kerja


Dalam keasyikan mendengar muzik, anda baru teringat terdapat emel dan dokumen yang perlu dibalas. Anda terus mencapai Huawei Matebook 13 dan mula menaip emel kepada klien yang dikehendaki. Baru perasan bahawa dokumen yang anda perlukan berada dalam telefon pintar anda. Anda bernasib baik kerana ekosistem Huawei bakal memudahkan anda di kala kecelaruan.

Image result for huawei matebook 13

Huawei Matebook 13 diperkenalkan dengan fungsi Huawei Share yang membantu pengguna memindahkan fail antara produk-produk Huawei. Perkongsian fail seperti gambar dan video akan menjadi lebih mudah dan pantas menggunakan fungsi ini. Hanya dengan satu sentuhan sahaja, anda dapat memindahkan dokumen antara Huawei Matebook 13 dan Huawei Mate 30 Pro anda.

Menggunakan siri Huawei Mate 30 Pro dan juga komputer riba seperti Huawei Matebook 13, anda boleh menggunakan fungsi Multi-screen collaboration di mana kandungan skrin boleh dimuatkan pada skrin komputer riba Huawei. Fungsi ini akan meningkatkan produktiviti kerana anda tidak perlu membuka lagi telefon dan hanya menggunakan skrin komputer riba sahaja sebagai pusat kandungan digital anda.

Image result for huawei matebook 13 multi screen collaboration

Detik 6: Panggilan bercuti


Nombor trip anda dipanggil. Nampaknya bas/pesawat anda telah tiba. Anda tahu anda terpaksa simpan semula peralatan dan gajet anda. Tapi jauh dalam hati anda, anda merasa senang dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan produk Huawei serta tidak sabar untuk menggunakannya lagi pada masa akan datang.



Huawei bertungkus lumus untuk membina satu ekosistem yang selesa, mudah dan dipercayai antara satu produk ke produk yang lain. Ekosistem Huawei ini berhasil kerana ia dianggap melengkapi antara satu sama lain seperti pengecasan tanpa wayar Huawei Mate 30 Pro yang boleh digunakan untuk fon telinga Huawei Freebuds 3, ataupun fungsi Huawei Share untuk pemindahan fail dengan menggunakan ciri "One Tap to Share".



Sebagai rangkuman, Huawei akan membuat jualan besar-besaran untuk produk-produk gaya hidup pintar yang dinyatakan (Huawei Mate 30 Pro, Huawei x Gentle Monster Eyewear, Huawei Watch GT2, Huawei Freebuds 3, dan Huawei Matebook 13) serta berbagai lagi produk lain di kesemua kedai Huawei bermula dari 15 November ini.



Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tersebut, anda boleh layari kiriman Facebook Huawei Malaysia serta layari laman rasmi Huawei Malaysia untuk ketahui lebih lanjut lagi mengenai produk-produk yang djiual oleh Huawei.

Penafian: Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia

 

Berkaitan