Bagaimana Cara Untuk Memainkan Video Youtube Secara Latar Belakang

Kebanyakkan daripada korang sudah tentu pernah mengalami situasi dimana video yang dimainkan di Youtube berhenti semasa menukar dari tab ke tab yang lain. Ataupun video berhenti jika skrin korang terpadam padahal tengah syok layan lagu.

Jadi ini adalah cara mudah untuk anda memainkan video di Youtube secara berterusan walaupun korang pergi ke aplikasi lain. Hanya Youtube Red yang secara ofisial memiliki ciri yang boleh memainkan video secara latar belakang, namun pada ketika ini Youtube Red masih belum memasuki Malaysia dan lagipun ianya berbayar.

Pertama sekali untuk pengguna Android. Yang paling senang korang boleh je mainkan video Youtube guna browser Firefox dan Chrome.



Cara kedua korang boleh gunakan aplikasi Awesome Pop-up Video. Dengan menggunakan aplikasi ini, korang boleh melompat dari aplikasi ke aplikasi atau melakukan tugasan lain sambil menonton video Youtube tanpa ada masalah.



Aplikasi ini sangat mudah untuk dikawal kerana apabila korang keluar daripada aplikasi Youtube, ianya akan menjadi dalam bentuk pop-up.



Untuk pengguna iOS pula. Korang boleh mainkan video Youtube dengan menggunakan web browser Opera Mini.

Video di Youtube akan terus dimainkan walaupun korang menekan butang 'home'.