BAE System Merancang Membangunkan Kapal Selam Yang Boleh Dipandu Menggunakan VR

Syarikat pertahanan U.K, BAE Systems sedang membangunkan teknologi yang membolehkan kapal selam boleh dikawal hanya menggunakan alat melihat VR.

Teknologi ini telah diperlihatkan baru-baru ini di Kongres Realiti Maya Dunia di U.K.

Apabila bercakap mengenai penemuan teknologi baru, hanya beberapa syarikat  sahaja yang boleh bersaing dengan gergasi pertahanan United Kingdom itu.

Dari dron tentera yang dihasilkan dari proses kimia di dalam makmal berskala besar ke perisai yang hanya menggunakan teknologi laser, BAE berusaha membawa sains fiksyen menjadi kenyataan.

Konsep terbaru mereka? Satu cara untuk mengawal kapal selam menggunakan alat VR.

Teknologi itu akan mengutip data dari beberapa sensor yang terdapat di badan kapal selam dan akan dihantar ke kapten kapal selam dalam bentuk simulasi VR yang terperinci.

Ini membolehkan kapten boleh berada di dalam simulasi kapal selam mereka untuk mendapat pandangan yang berbeza semasa mereka memandu kapal selam.

Jurucakap BAE System berkata teknologi itu akan mengambil masa sedekad untuk dibangunkan dengan lengkap pada tahap VR pada masa sekarang berevolusi ke peringkat yang lebih matang.

Sumber

 

 

Berkaitan