Bad Lab Dan Watsons Bekerjasama Menganjurkan Kejohanan E-Sukan

Dalam usaha menyemarakkan lagi arena e-sukan dalam negara, jenama penjagaan diri Bad Lab dan Watson telah mengumumkan kerjasama antara kedua syarikat hari ini.



Melalui jalinan itu, satu kejohanan e-sukan bakal diadakan dengan membabitkan permainan popular seperti Dota 2 dan Tekken.



Kejohanan The Bad Duel itu dibahagikan kepada dua fasa dengan fasa awal memerlukan peserta mendaftar dan bermain secara dalam talian untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.



Kini fasa pemilihan sedang berlangsung manakala fasa terakhir pula pada hujung minggu ini, peserta yang layak akan dijemput hadir ke lokasi acara dan akan bertarung untuk peringkat separuh akhir serta merebut slot pertandingan akhir.

Acara akhir bakal dilangsungkan di Sunway Velocity Vanity Atrium dan orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan lagi pentas akhir tersebut.