BAD LAB Bakal Anjur Pertandingan PUBG Mobile

BAD LAB, sebuah jenama yang cukup popular dengan produk penjagaan peribadi kini mula berkecimpung dalam arena e-sukan dengan menganjurkan pertandingan 2019 BAD LAB BRAWL yang berlangsung selama dua musim.

Dengan sokongan daripada Esports Malaysia (ESM) yang berfungsi sebagai badan sukan eletronik di Malaysia, BAD LAB melihat perkara ini sebagai satu peluang bagi menaikkan jenama mereka. Malah, membantu dan melatih anak-anak muda tempatan ke arah pemain-pemain profesional seiring dengan menaikkan aktiviti-aktiviti e-Sukan di dalam industri ini.



Pertandingan ini bakal menampilkan permainan popular dari Tencent, "PlayerUnknown's BattleGround Mobile" (PUBG Mobile) yang menggunakan format kumpulan dan kiraan mata tertinggi. Ia melibatkan 32 kumpulan terdiri daripada 20 pasukan bagi setiap kumpulan yang akan bersaing untuk mendapatkan tempat teratas. Bagi pasukan teratas setiap kumpulan, mereka akan mengharungi pertarungan 'kalah mati'di dalam 2 peringkat sesi akhir.

Pasukan terakhir yang mampu bertarung dan bertahan akan diumumkan sebagai juara BAD LAB Brawl.

Pada musim pertama, pertandingan akan di jadual pada 17 Jun hingga 7 Julai bagi sesi kelayakan peringkat kumpulan. 8 Julai hingga 14 Julai bagi sesi akhir pada tahun ini. Jumlah hadiah bagi pemenang bagi musim pertama sebanyak RM5,000.

Bagi maklumat terkini dan menyertai pertandingan, pasukan dari 4 orang perlu mendaftar dan melayari laman sesawang di Bad Lab Esports.