AXA AFFIN Pilih Omni Hotline Untuk Gunakan Sistem Telefon Pejabat Maya

Digi Telecommunications mengumumkan bahawa AXA AFFIN Life Insurance (AXA AFFIN) telah memilih Omni Hotline sebagai pembekal telefon pejabat maya pilihannya. Ini semua sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadikan tenaga kerja yang lebih digital.

AXA AFFIN meletakkan sebab untuk menggunakan Omni Hotline adalah kerana ingin menguasai lebih daripada 150 sambungan telefon pejabat untuk pekerja yang kini mempunyai kebebasan menggunakan telefon bimbit mereka sendiri untuk membuat panggilan berkaitan kerja.

Dengan langkah yang diambil untuk menggunakan Omni Hotline ini, AXA AFFIN telah berhijrah dari telefon meja fizikal yang diletakkan di tempat yang kompleks kepada sistem telefon pejabat maya yang lebih fleksibel.

Pihak AXA AFFIN merancang untuk membolehkan setiap pekerja mendapat sambungan telefon pejabat mereka sendiri menerusi aplikasi mudah alih Omni Hotline di telefon bimbit peribadi.

Dengan adanya ciri penghalaan panggilan Omni Hotline ini, pekerja AXA AFFIN akan dapat membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk dari nombor pejabat tunggal yang dikongsi bersama.

AXA AFFIN turut meletakkan hasrat mereka untuk memanfaatkan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara dengan menggunakan Digi untuk mengurangkan kos membuat panggilan tempatan dan antarabangsa.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Omni Hotline apabila anda klik di sini.