AXA AFFIN meletakkan sebab untuk menggunakan Omni Hotline adalah kerana ingin menguasai lebih daripada 150 sambungan telefon pejabat untuk pekerja yang kini mempunyai kebebasan menggunakan telefon bimbit mereka sendiri untuk membuat panggilan berkaitan kerja.
Dengan langkah yang diambil untuk menggunakan Omni Hotline ini, AXA AFFIN telah berhijrah dari telefon meja fizikal yang diletakkan di tempat yang kompleks kepada sistem telefon pejabat maya yang lebih fleksibel.
Pihak AXA AFFIN merancang untuk membolehkan setiap pekerja mendapat sambungan telefon pejabat mereka sendiri menerusi aplikasi mudah alih Omni Hotline di telefon bimbit peribadi.
Dengan adanya ciri penghalaan panggilan Omni Hotline ini, pekerja AXA AFFIN akan dapat membuat panggilan keluar dan menerima panggilan masuk dari nombor pejabat tunggal yang dikongsi bersama.
AXA AFFIN turut meletakkan hasrat mereka untuk memanfaatkan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara dengan menggunakan Digi untuk mengurangkan kos membuat panggilan tempatan dan antarabangsa.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Omni Hotline apabila anda klik di sini.
Berkaitan
- Digi Dan MDEC Bekerjasama Buka OpenLab 5G Pertama Di Malaysia
- Kre8tif 2018 Cyberjaya- Apabila Seni Kreatif Dan Teknologi Digital Bergabung
- Pra Tempah Siri Huawei Mate 30 Dengan Digi Dan Nikmati Hadiah Bernilai RM656
- Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini
- Portal Digital Usaha Sama BERNAMA, RTM Dan JAPEN Bakal Diwujudkan
- Kerajaan Mahu Laksana Tindakan Lebih Proaktif Bagi Membendung Jenayah Cetak Rompak Digital
- Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu
- Digi Lancarkan "Ibadat" - Aplikasi Mudah Alih Untuk Panduan Umat Islam
- Digi Dan Cyberview Akan Buka Makmal 5G Untuk Orang Ramai
- Cukai 6% Dicadang Untuk Dikenakan Terhadap Penyedia Perkhidmatan Digital Asing Bermula 1 Januari Depan