Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Awas Scam ‘iPhone Duo’, Buka Laman Ini Saja Sudah Cukup Berbahaya

Awas Scam ‘iPhone Duo’, Buka Laman Ini Saja Sudah Cukup Berbahaya

Diterbitkan Oktober 1, 2026 · Dikemas kini Oktober 1, 2026 oleh ariff bukhari

Pengguna iPhone yang tidak sabar mahu menempah produk terbaru Apple iPhone Duo digesa berwaspada terhadap taktik penipuan baharu yang menggunakan laman pra-pesanan palsu menyerupai laman rasmi Apple.

Laman scam ini cuba mengumpan mangsa dengan menawarkan baucar percuma bernilai $500 serta pengiraan detik pelancaran, sedangkan pihak Apple belum lagi membuka sebarang pra-pesanan rasmi kepada orang awam.

Laporan keselamatan daripada Malwarebytes baru-baru ini mendedahkan bahawa mangsa tidak perlu menekan sebarang butang atau mengisi borang untuk menjadi mangsa.

Sebaliknya sudah memadai dengan tindakan mangsa membuka pautan tersebut untuk mencetuskan eksploitasi DarkSword yang menyerang pelayar Safari pada iPhone.

 

“Anda tidak perlu mengisi borang, menekan butang muat turun, atau meluluskan apa-apa. Membuka halaman tersebut sudah memadai untuk memulakan percubaan penggodaman itu.” Malwarebytes.

Sekiranya serangan ini berjaya, penceroboh boleh mencuri maklumat sensitif seperti kata laluan tersimpan, fail dompet kripto (MetaMask, Trust Wallet, Coinbase), nota peribadi, foto, serta senarai kenalan.

Penggodam turut berupaya memadam laporan diagnostik peranti bagi menyembunyikan jejak mereka.

Serangan ini menyasar peranti dengan sistem operasi iOS lama (versi 18.4 hingga 18.6.2).

Justeru, pemilik iPhone disarankan untuk segera mengemaskini perisian iOS peranti mereka  ke versi terkini.

Elakkan daripada menekan pautan pra-pesanan yang mencurigakan bagi memastikan data peribadi anda kekal selamat.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Permainan Android Popular Dilapor Hantar Data Pengguna Ke Israel, China Dan Rusia – Kajian
  • Malaysia Negara Ke-34 Paling Berinovatif Di Dunia, Atasi Indonesia, India Dan Thailand

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY