Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proklamasi Darurat

Awas Mesej Tuntut Hadiah Guna Nama MCMC

Diterbitkan Oktober 13, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 13, 2020 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyeru agar orang ramai untuk berwaspada agar tidak terpedaya dengan mesej tuntutan hadiah.

MCMC memaklumkan bahawa pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej atau e-mel kepada orang ramai untuk menuntut hadiah berupa wang tunai di bawah satu skim bonus daripada syarikat telekomunikasi.

Hasil daripada pemantauan, mangsa akan menerima pesanan yang mendakwa bahawa dia mempunyai transaksi yang belum diselesaikan dengan Telekom Malaysia Berhad dengan hadiah wang tunai RM270,000 di bawah skim Bonus TM Family Gift Bonus.

Dalam pada itu, MCMC juga mengingatkan agar pengguna tidak memberi sebarang butiran peribadi kepada individu yang tidak dikenali.

Tambahan, sebarang penggunaan logo MCMC oleh mana-mana pihak tanpa mendapat kelulusan adalah satu kesalahan.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY