Avengers: Endgame akan ditayangkan semula? Cubaan Marvel Untuk Mengatasi Filem Avatar

Dijangka akan ditayangkan dipawagam pada 28 Jun ini.


Kepada anda yang belum sedia maklum, filem Avengers: Endgame diuar-uarkan akan ditayangkan semula dalam masa terdekat ini.

Ia disahkan sendiri oleh produser filem tersebut merangkap presiden Marvel Studios, Kevin Feige semasa interview beliau bersama Screen Rant.

Filem tersebut dikatakan akan mengandungi klip tambahan selepas selesai kredit filem tersebut.

"Not an extended cut, but there will be a version going into theaters with a bit of a marketing push with a few new things at the end of the movie. If you stay and watch the movie, after the credits, there’ll be a deleted scene, a little tribute, and a few surprises. Which will be next weekend." Kevin Feige.

Avengers: Endgame sudah menjadi filem terbesar pada tahun ini dengan kutipan terkumpul sebanyak USD2,744,471,891 setakat ini (berdasarkan semakan terakhir yang dibuat di laman Box Office Mojo).

Filem tersebut telah pun memecahkan rekod-rekod tayangan yang pernah dipegang oleh filem-filem lain sebelum ini. Walaubagaimanapun, sehingga ke setakat ini, filem ini masih belum berjaya mengatasi kutipan filem Avatar yang masih kekal sebagai filem yang berjaya mencapai kutipan tertinggi di dunia, USD2,787,965,087.

Jadi tayangan tambahan istimewa filem Avengers: Endgame ini dilihat sebagai cubaan Marvel untuk mengatasi kutipan filem Avatar. Sekaligus mahu memegang status sebagai filem yang mengutip kutipan tertinggi di dunia.

Buat masa ini, belum ada makluman rasmi dari pihak pempamer di Malaysia sama ada filem tersebut akan ditayangkan di pawagam Malaysia ataupun tidak.

Jika ia ditayangkan, adakah anda akan menonton kembali filem ini di pawagam, hanya semata-mata untuk 1 atau 2 minit klip tambahan selepas selesai kredit filem tesebut?

https://www.facebook.com/TGVCinemas/posts/2731183490243371