HMD Global sebagai pemegang hak milik kepada telefon pintar Nokia mengumumkan kerja-kerja untuk mengemaskini Nokia 3 ke sistem operasi Android 8.0 Oreo sedang dilakukan. Setakat ini, peranti Nokia 8, 6 dan 5 sudah dikemaskini ke Android 8.0 Oreo dan dengan kemasukan Nokia 3 kedalam senarai tersebut, Nokia sedang mengotakan janji mereka untuk memastikan pengguna Nokia…
Pengarang: Wiser MY
OnePlus 6 Berkemungkinan Dijual Dengan Harga Melebihi RM 2,000
Peminat Android selepas ini mungkin akan menanti dengan penuh minat dengan kemunculan peranti OnePlus 6 yang dikatakan akan keluar dalam tempoh beberapa minggu lagi. Peranti OnePlus sentiasa dinanti kerana peranti mereka kerap dipilih oleh pengguna di luar sana kerana mempunyai kelengkapan setanding peranti perdana tetapi dijual dengan harga yang kadang kala separuh dari apa yang…
Masalah Dihadapi Untuk Pengguna iPhone Untuk iOS 11
Beberapa masalah dilaporkan oleh pengguna iPhone yang mengemaskini sistem iOS mereka ke versi 11 di laman sesawang Reddit. Kebanyakkan masalah berkenaan pepijat paparan yang membuatkan antaramuka peranti iPhone mereka kelihatan agak pelik. Pengguna iPhone X yang menghadapi masalah semasa menyahkunci Pengguna dengan nama pengguna SBY59TH melaporkan yang Face ID sudah membuka sistem nyahkunci peranti tetapi memerlukan passcode untuk…
Twitter Menjual Data Akses Mereka Kepada Cambridge Analytica
Dalam skandal Cambridge Analytica, Facebook paling terkesan kerana memberi akses kepada Cambridge Analytica, satu badan perundingan yang menguruskan kempen sesetengah ahli politik di seluruh dunia. Dalam perkembangan lain, Twitter Inc. juga dikatakan telah menjual data mereka kepada penyelidik Cambrige University yang turut sama terlibat secara langsung dengan Cambridge Analytica. Aleksandr Kogan, individu yang menghasilkan kuiz…
Facebook Menjanjikan Beberapa Perubahan Dalam Aplikasi Mereka
Facebook terutamanya pengasasnya, Mark Zuckerberg sedang menghadapi tekanan dari pelbagai pihak disebabkan penglibatan mereka dengan skandal Cambridge Analytica yang menggunakan maklumat dari pengguna di platform tersebut. Kesan daripada peristiwa tersebut, beberapa selebriti terkenal and organisasi khususnya di Amerika Syarikat telah memadam akaun rasmi mereka di Facebook. Mark Zuckerberg telah menghadiri sesi soal jawab bersama Kongress…
Huawei Mungkin Sudah Membina Sistem Operasi Mereka Sendiri Untuk Kegunaan Telefon Pintar
Berita mengenai larangan ZTE untuk mengimport bahan teknologi dari Amerika Syarikat telah mengingatkan syarikat-syarikat China lain yang mereka bila-bila sahaja boleh menghadapi masalah besar dalam urusan jual-beli terutamanya untuk pasaran Amerika Syarikat. Setakat ini, syarikat China masih mengharapkan teknologi dari syarikat teknologi Amerika Syarikat untuk menghasilkan produk akhir sebelum dijual ke pelanggan mereka seluruh dunia….
