Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Audio Perbualan Clubhouse Diceroboh, Privasi Pengguna Dipersoal

Audio Perbualan Clubhouse Diceroboh, Privasi Pengguna Dipersoal

Diterbitkan Februari 23, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak sampai sebulan, aplikasi media sosial Clubhouse menjadi antara aplikasi yang kian popular. Malah, Clubhouse sendiri memperketatkan keselamatan aplikasinya agar data pengguna selamat.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila seorang pengguna yang tidak dikenal pasti berjaya menstrim audio perbualan Clubhouse dari beberapa pemilik ke laman pihak ketiga mereka sendiri.

Perbuatan ini sememangnya melanggar tujuan Clubhouse yang hanya mahu topik perbualan terhad kepada penggunanya sahaja tetapi pencerobohan tersebut membenarkan pengguna lain turut dapat mengetahui isi kandungan perbualan dari Clubhouse.

https://twitter.com/ruima/status/1363540267832279043?s=20

Bagi meredakan masalah yang berlaku, Clubhouse pantas memberikan penjelasan bahawa mereka telah mengenal pasti kerentanan pada aplikasinya dan pengguna tersebut sudah dilarang daripada Clubhouse.

Terdahulu, Standard Internet Obeservatory (SIO) menyatakan Clubhouse sebenarnya tidak dapat menjanjikan privasi perbualan yang berlaku.

Tambahan lagi, Clubhouse juga bergantung kepada server yang berpangkalan di China. Kebergantungan ini yang menyebabkan kebimbangan privasi dalam kalangan pengguna.

Buat pengguna Clubhouse, anda perlu berhati-hati ketika menggunakan aplikasi ini terutama dalam membincangkan hal-hal penting.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY