Audi Mungkin Tidak Sengaja Dedahkan Penyelamat Tony Stark

Pada acara CES 2019, Audi telah memperlihatkan demo ciri VR pada kenderaan mereka, Audi e-tron. Ia merupakan kolaborasi antara syarikat pengeluar kenderaan itu dan Marvel yang mana permainan VR "Marvel’s Avengers: Rocket’s Rescue Run” boleh dimainkan menerusinya.



Prototaip permainan tersebut dibangunkan oleh Disney Games dan Interactive Experiences menggunakan set kepala Oculus Rift yang bersambungan dengan sistem audio Audi e-tron.

Permainan VR itu menunjukkan Rocket perlu mengelak asteroid dalam misi menyelamat seseorang. Siapakah karakter yang ingin diselamatkan?

Sejak dari itu, satu spekulasi mula timbul menambah kepada teori sedia ada, Rocket mungkin datang menyelamat Tony Stark.

Berdasarkan trailer Avengers: Endgame, kita mengetahui bahawa Tony Stark masih terdampar diruang angkasa meninggalkan Titan menggunakan kapal angkasa Benatar milik Guardians of Galaxy ditemani oleh Nebula.

Sementara itu, Rocket, satu-satunya Guardian yang terselamat dari petikan jari Thanos di bumi, mungkin akan melakukan apa sahaja untuk menjejak mana-mana ahli dengan harapan mereka masih selamat.

Anda peminat siri Marvel ini? Kongsikan pendapat anda tentangnya

https://www.youtube.com/watch?v=hA6hldpSTF8

Sumber: Comicbook