Audi Memperkenalkan Skuter Elektrik e-tron Di IAA 2019

Berharga sekitar RM9200.


Audi di pameran kereta antarabangsa IAA 2019 telah memperkenalkan skuter elektrik e-Tron kepada para pengunjung pameran tersebut yang sedang berlangsung di Frankfurt, Jerman.

Skuter konsep yang dikenali sebagai Audi e-tron Scooter itu menurut Audi adalah merupakan kombinasi antara skuter elektrik dan papan luncur (skateboard).

Ia direka dengan rekaan sporty, kecil, ringkas dan hanya seberat 2 kg sahaja bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana oleh pengguna.

With the Audi e-tron Scooter, we appeal to customers who are on the move in cities, sustainably and multi-modally – and for whom style and functionality are important,” Thorsten Schrader, Pengurus projek untuk mobiliti mikro di Audi.

Kapsyen: Kredit: Audi


Skuter elektrik E-Tron ini mampu ditunggang sejauh 20km menerusi bateri serta teknologi tenaga kinetik yang diperoleh apabila penunggang membrek. Ia turut boleh disambungkan bersama peranti pintar menerusi sambungan Bluetooth bagi mengaktifkan ciri anti kecurian.

Ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti lampu LED, lambu brek dan lampu siang hari.

Audi memaklumkan mereka akan mula memasarkan skuter elektrik e-Tron ini pada lewat tahun hadapan. Harga jualannya pula dijangka sekitar 2,000 euro (+-RM9200).

Berkaitan