Atasi Masalah Tidak Boleh "Download" Pada Google drive

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini kami ingin berkongsi cara yang boleh anda cuba sekiranya mengalami masalah untuk memuat turun fail daripada Google Drive.

 



Jangan Bersedih. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Buka Fail tersebut pada PC anda, pastikan anda sign in terlebih dahulu akaun Gmail anda ya. Seterusnya hapus bahagian "&export=download" dan gantikan bahagian "uc" kepada "open".



Langkah 2

Setelah keluar paparan berikut, klik pada simbol seperti dalam gambar dibawah.



Langkah 3

Setelah logonya berubah, klik sekali lagi kemudian pilih "Drive saya" .



Langkah 4

Klik kanan pada fail yang ingin anda muat turun, seterusnya klik pada menu "Buat Salinan".



Langkah 5

Maka akan muncul fail baru dengan nama bermula dengan "salinan" . Klik kanan pada fail tersebut kemudian klik "Download". Tunggu proses muat turun Selesai.



 

Itu sahaja serba sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.