Atari Mengumumkan Akan Membina Hotel Bertemakan Permainan Video Pertama Di AS

Pembinaan hotel Atari pertama akan bermula pada pertengahan tahun ini di Phoenix, A.S.


Atari yang terkenal dengan pembangun permainan video dan pengeluar konsol permainan telah mengumumkan bahawa mereka akan membina hotel konsep yang bertemakan permainan video pertama di AS pada pertengahan tahun 2020 ini.

Hotel yang akan dikenali sebagai Atari Hotel itu menjadikan bandarPhoenix, Arizona, Amerika Syarikat sebagai lokasi pertama hotel mereka.

Seterusnya sebanyak 7 buah lagi Atari Hotel akan dibina di beberapa bandar utama termnasuklah Las Vegas, San Francisco, Seattle, Chicago, Denver, Austin dan San Jose.

Atari berkata, hotel mereka menjanjikan pengalaman bermalam yang berbeza kepada pelanggan mereka di mana hotel mereaka bukan sahaja bertemakan permainan sahaja tetapi juga turut menawarkan pelbagai permainan kepada para pelanggan termasuklah pengalaman merasai teknologi realiti maya (VR) dan teknologi realiti diperkukuhkan (AR).

Atari Hotels will be the first of their kind in the U.S., offering gamers of all ages the ultimate in immersive entertainment and in every aspect of gaming. We’re excited to be working on this project with such great partners and to bring a big win to Arizona,Atari.