Asus Zenfone Max Plus M1- Telefon Kelas Pertengahan Dengan Skrin 18:9

Asus sudah membawa masuk beberapa siri Zenfone untuk pasaran Malaysia dan yang terbaru adalah model Zenfone Max Plus M1. Didatangkan sebagai peranti kelas pertengahan, Max Plus M1 mempunyai rekaan paparan penuh dengan skrin berukuran 5.7 inci serta nisbah paparan yang semakin popular,18:9.



Menarik mengenai peranti ini adalah ia mempunyai 3 slot kad yang terbahagi kepada dua untuk kad sim, dan satu lagi kad memori MikroSD.



Selain itu, ia hadir dengan tetapan dwi kamera utama pada bahagian belakang dengan gabungan dua lensa 16MP. Kamera selfie pula dilengkapi oleh lensa 16MP.





Antara spesifikasi lain Max Plus M1 adalah...

  • Cip pemprosesan MediaTek

  • RAM 4GB

  • Nyahkunci skrin dengan pengecaman wajah

  • Bateri berkapasi 4130mAh beserta pengecasan pantas




Model ini bakal dijual pada harga RM899 dan walaupun pada harga yang sedemikian ia masih kelihatan premium dengan rekaan logam dibelakang.



Bagi anda yang berminat, pada 14 Disember hingga 19 Disember ini, Lazada ada menawarkan baucar tunai bernilai RM200. Nilai yang sama juga ditawarkan untuk rebat bagi pembelian secara trade-in yang dibuat pada pengedar sah Asus seluruh negara.