Asus Zenfone Max Pro M2 Mungkin Tidak Menunggu Lama Untuk Tiba Ke Malaysia

Model terbaharu Asus, Zenfone Max Pro M2 berkemungkinan besar akan tiba ke Malaysia seawal-awalnya minggu hadapan. Ini kerana gedung rasmi mereka di Lazada dilihat telah menawarkan peranti berkenaan sempena dengan promosi jualan 12.12 nanti.

Kapsyen: ASUS Lazmall


Bagaimanapun melihat kepada maklumat spesifikasi pada penyenaraian ini, ia masih lagi belum dikemaskini memandangkan semua maklumat berkenaan adalah spesifikasi bagi Zenfone Max Pro M1.

Menurut spesifikasi yang pernah tertiris sebelum in, Zenfone Max Pro M2 dikataka akan hadir dengan sokongan dwi-kamera lebih baik, perlindungan Corning Gorilla Glass dan cip pemprosesan 660 namun mengekalkan bateri dengan kapasiti 5,000mAh.

Laporan ini sedikit mengejutkan memandangkan peranti ini dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember. Jika ia adalah benar, ini bermakna Malaysia bakal menjadi antara yang terawal menerima kehadiran model terbaharu keluaran Asus ini nanti.

 

Sumber: ASUS Lazmall