ASUS ZenFone Max Pro M2 Akan Diperkenalkan Secara Rasmi 11 Disember Ini

ZenFone Max Pro M1 boleh dikatakan sebuah model yang berjaya menarik perhatian peminat kerana kapasiti baterinya sebesar 5000mAh.

Perkembangan terbaru, sebuah lagi model dalam siri tersebut dibayangkan bakal hadir memasuki pasaran telefon pintar tidak lama lagi.

Dipanggil sebagai ZenFone Max Pro M2, perkhabaran itu dibuat melalui laman media sosial ASUS dimana mereka meletakkan 11 Disember 2018 sebagai tarikh pengenalannya kepada umum.

Disebut sebagai gaming phone oleh ASUS, spesifikasinya masih samar-samar tetapi berdasarkan beberapa siri bocoran di internet, ia akan membawa...

  • Skrin paparan 6 inci FHD+

  • RAM 4GB

  • Storan dalaman 128GB

  • Snapdragon 660

  • Sistem 3 kamera utama


Walaubagaimanapun, ia masih tidak rasmi dan sama-sama kita nantikan wajah sebenar ASUS ZenFone Max Pro M2 pada 11 Disember nanti.

Sumber: ASUS Malaysia via Lowyat.net