Asus Zenfone Max M2 Bakal Dijual Dengan Harga RM100 Lebih Murah Pada 15 Januari Ini

Reading Time: 1 minute

Asus telah memperkenalkan model Asus Zenfone Max Pro M2 dan Zenfone Max M2 pada Disember lepas. Zenfone Max Pro M2 telah pun tiba ke Malaysia namun Max M2 hanya tiba ke pasaran tempatan hari ini.

Peranti tersebut ditawarkan pada harga jualan rasmi RM699, namun akan dijual dengan harga RM599 pada 15 Januari nanti.

ASUS

Asus Zenfone Max M2 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 632, memori 4GB RAM serta simpanan dalaman 32GB selain turut menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 512GB.

Ia juga dikuasakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan dijalankan dengan sistem Android tulen.

Dari segi kamera pula, telefon ini dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera utama 13MP+2MP, manakala lensa 8MP pula akan menyokong tangkapan swafoto peranti ini.

Dengan penawaran terbaru daripada Asus ini, ia boleh dikatakan antara peranti yang boleh dijadikan pilihan pada paras harga yang ditawarkan.

Jika berminat, anda boleh mendapatkannya di gedung Lazada melalui pautan ini.

 

Sumber: ASUS