Asus ZenFone Live, Telefon Pintar Bercirikan Hiburan Dengan Rekaan Terkini

Asus Malaysia harini mengumumkan peranti terbaru mereka, ZenFone Live, peranti yang direka khusus untuk pengguna yang mementingkan hiburan. ZenFone Live merupakan peranti kelas permulaan yang menampilkan skrin 18:9 dengan teknologi Full View Display.



Skrin paparan peranti bersaiz 5.5-inci bersama-sama nisbah 18:9 ini diletakkan di dalam kerangka badan bersaiz 5-inci memberikan pengalaman sinematik yang menyeluruh kepada pengguna.

ZenFone Live dilengkapi teknologi sistem nyahkunci menggunakan wajah bagi memudahkan penggunaan peranti. Di belakang peranti, tersemat lensa 13MP sebagai sistem kamera utama dan lensa 5MP untuk kamera hadapan.



Peranti ini akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh yang mampu menyokong panggilan rangkaian 3G selamam 29 jam, 4 hari ulang main muzik dan juga 18 jam untuk pelayaran internet menggunakan browser. ZenFone Live akan menggunakan antaramuka ZenUI 5 yang berasaskan Android Oreo.

Di bawah merupakan spesifikasi-spesifikasi lain untuk ZenFone Live:



















Cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 425
RAM/ROM 2GB/16GB
Slot MicroSD Sokongan 2TB
Slot Kad SIM 2+1 ( 2 Kad SIM + Micro SD)

ZenFone Live akan mula dijual pada akhir minggu ini dalam dua warna iaitu Shimmer Gold dan Midnight Black dan akan dijual dengan harga RM 399.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang ASUS Malaysia.