Asus Zenfone Ares Diperkenalkan, Peranti Yang Menggabungkan Fungsi VR Dan AR

Baru sahaja memperkenalkan Asus Zenfone Max Pro M1 dan Zenfone 5 sebelum ini, kini Asus telah pun melancarkan sebuah lagi variasi baru di bawah jenama Zenfone iaitu Asus Zenfone Ares. Ia telah pun diumumkan bagi pasaran Taiwan baru-baru ini.

Peranti ini merupakan model yang seakan sama dengan model keluaran tahun lalu iaitu 'Zenfone AR' di mana Zenfone Ares ini akan menggabungkan fungsi VR dan AR. Ia akan didatangi dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 821 yang disokong oleh 8GB RAM.

Peranti ini akan hadir dengan storan dalaman sebesar 128GB ROM malah boleh diperluaskan sehingga 2TB melalui penggunaan kad mikroSD. Selain itu, peranti ini juga akan menggunakan skrin QHD Super AMOLED 5.7 inci nisbah paparan 16:9.



Dari segi kamera pula, Zenfone Ares menggunapakai kamera dengan lensa 23MP dengan bukaan aperture f/2.0. Kamera utama peranti ini akan dilengkapi dengan teknologi PixelMaster 3.0 daripada Asus.

Manakala bagi kamera hadapannya pula, Zenfone Ares bakal hadir dengan lensa 8MP dengan bukaan aperture f/2.0. Peranti juga akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.

Agak mengejutkan apabila peranti ini akan menggunakan sistem operasi Android Nougat. Buat masa ini, peranti ini hanya diperkenalkan bagi pasaran Taiwan dengan harga sekitarĀ 9,990 TWD(~RM 1,330) sahaja namun dijangka akan turut hadir ke pasaran global dalam masa terdekat.

Sumber